Menunggu Tarikh PRU 2013

Dengar-dengarnya PRU akan diadakan pada cuti sekolah pada bulan Mac ni.

Kalau boleh memang taknak terlepas. Nak sangat mengundi. Tapi bila date tak confirm, susah nak mengatur jadual perjalanan.

Ada yang request nak join trip ke Vietnam pada hujung bulan Mac. Saya sendiri pun merancang nak ke Guangzhou pada pertengahan @ akhir bulan Mac. Tapi dalam keadaan sekarang, takut nak book tiket. Takut terlepas peluang untuk mengundi.

Hehehe.. semangat tak?

Kadang-kadang bila dengar kisah para pemimpin buat keputusan yang kurang bijak, rasa nak join politik je. Bukan sebab nak duit atau nak glamer. Tapi sebab rasa kalau semua orang fikir negatif pasal politik, habis siapa yang akan jadi pemimpin?

Kalau semua orang yang pandai sibuk nak komplen je tapi taknak join politik, akhirnya orang yang bodoh dan tamak akan jadi pemimpin. Dan orang yang rasa dirinya pandai tak habis-habis komplen.

Bila mengenangkan risiko dalam dunia politik, memang ngeri. Komitmen kerja 24 jam sehari untuk kebajikan rakyat. Hidup di bawah kanta pembesar sebab sentiasa diperhatikan oleh kawan dan lawan. Kalau banyak duit pulak, orang fikir negatif. Padahal kalaulah tanggungjawab dan usaha yang sama digunakan untuk bisnes, memang boleh jadi kaya raya jugak.

Mungkin bila saya dah sangat-sangat stabil. Dah jadi GAM. Dah buka cawangan Benang Hijau di setiap negeri. Masalahnya, sekarang pun belum jadi ahli mana-mana parti politik lagi. 🙂

 

 

3 thoughts on “Menunggu Tarikh PRU 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *