Menunggu Photographer

Hari ni sepatutnya nak upload gambar baju kurung terbaru.

Tapi Mr Photographer merangkap Mr Photoshop merangkap Mr Driver merangkap Mr Husband pergi servis kereta.

Dahlah major service. Amik masa dalam dua jam lebih. Dan berjumlah RM1438. Fuhhhh…

 

Memang bela kereta ni bukan setakat nak kena standby duit ansuran bulanan. Kena standby duit insurans. Kena standby duit servis.

 

Kalaulah duit yang sama digunakan untuk servis diri sendiri. Perghhhhh.. meletop!!

 

 

Jadi memandangkan Mr Photographer tak ada, Mrs Director terpaksa la golek-golek di rumah je. Hihihi..

Aktiviti ke pejabat-pejabat yang berkaitan tu akan ditangguhkan ke waktu petang selepas proses upload selesai.

 

Disebabkan terlalu boring, hari ni saya sibuk jadi stalker. Tengok page online business yang berjaya.

Dan saya rasa tersangat sangat sangat jeles. Bukan tak bersyukur. Tapi jeles nak majukan lagi bisnes sampai ke tahap diorang.

 

Sebelum ni saya stop FB Ads sebab rasa kurang effective. Tapi bila tengok Likers tak bertambah sangat, sekarang saya start balik.

Memang bermula semula dengan semangat baru.

 

Seriously sekarang ni memang agak lemah sikit bab nak upload gambar ke internet. Mungkin sebab sambutan yang baik di butik dan outlet jadi kadang-kadang macam tak berbaloi je upload sebab lepas tu barang tu dah sold out.

Dahlah bila nak buat shoot ni, kena uruskan banyak benda. Model, studio, make up artist dan sebagainya.

 

Hari tu terbaca satu artikel. Katanya kalau nak berjaya lebih cemerlang kita kena jadi Quitter.

Maksudnya kita kena quit buat sesuatu benda dan cari pekerja @ outsource kerja tu supaya kita dapat fokus pada kerja yang lebih mencabar.

 

Sekarang ni yang saya rasa nak quit sangat adalah kerja-kerja photoshoot dan edit gambar. Tapi suami taknak quit sebab dia lagi suka buat sendiri. Masalahnya bila melibatkan dia, selalu jadi delay sebab dia pun sibuk.

 

Okay bye. Nak siap-siap dulu!  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *