Menunggu Kepulangan Suami..

Chewah.. tajuk bukan main lagi. Macam la suami pergi jauh.. hahaha..

Biasanya pukul 2.30 petang suami dah sampai rumah. Tapi hari ni dia ada urusan dan dijangka sampai rumah sebelum Maghrib.

Bosannya menunggu kepulangan suami.

Alhamdulillah sejak berkahwin kami tidak pernah berjauhan. Jadi, saya selalu rasa kasihan pada orang yang tinggal berjauhan dari pasangan disebabkan kerja.

Mungkin mereka suka macam tu. Mungkin terpaksa berkorban demi keluarga.

Ada seorang kenalan saya yang terpaksa berjauhan kerana ingin menemani orang tua masing-masing.

Isteri tinggal di Melaka kerana menemani ayahnya yang sudah tua. Dan suami pula tinggal di KL kerana menemani ibunya yang sudah tua.

Saya rasa kagum sangat dengan pengorbanan mereka berdua.

 

Kepada yang tak suka tinggal berjauhan dengan pasangan

Pada pendapat saya, berhenti kerja, tinggal dengan pasangan dan cari kerja yang berdekatan.

Rezeki dari Allah. Bukan dari majikan. InsyaAllah selagi kita berusaha, pasti akan ada rezeki walau di mana sahaja kita berada.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *