Mengada

Tadi terbaca tips untuk merapatkan hubungan suami isteri. Saya pun baca la kuat-kuat bagi suami dengar sekali.

Antara tips tu adalah cerita pada pasangan kita tentang aktiviti harian kita.

Pastu suami saya pun cakap, okaylah meh saya cerita.

Pagi-pagi saya dan isteri saya keluar hantar anak pergi sekolah.

Lepas tu saya breakfast dengan isteri saya.

Lepas tu dalam pukul 11 saya keluar lagi dengan isteri saya. Mula-mula pergi KB Mall. Pastu teman isteri saya check up. Pastu lunch sama-sama.

Lewat petang pulak saya keluar makan dengan isteri saya yang nak makan Roti Canai.

 

Hihihi…

Rasa kelakar pulak bila dia mengada-ngada nak bercerita tentang aktiviti harian yang tentunya melibatkan saya.

 

Tapi serius rasa happy sangat.

Alhamdulillah. Happy bila kami sama-sama memajukan bisnes dan dapat meluangkan banyak masa bersama.

 

Kehendak setiap orang tak sama. Ada orang tak kisah pun hidup berjauhan dengan pasangan. Tak kisah pun jumpa waktu malam je. Tak kisah pun jumpa hujung minggu je. Tak kisah pun jumpa sebulan sekali. Tak kisah pun tak jumpa berbulan-bulan.

Tapi saya ni mengada. Saya ni nak bertepek dengan suami je. Sebab tu saya gigih cari peluang dan cuba macam-macam untuk dapat apa yang saya nak.

Dan Alhamdulillah bila dah dapat memang rasa happy sangat.  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *