Membuat Keputusan

Saya ada satu masalah. Masalah saya adalah kadang-kadang saya jadi bingung untuk membuat keputusan.

Bila saya bingung, saya akan bertangguh-tangguh dalam membuat keputusan.

Dulu hidup saya agak mudah. Tak perlu buat terlalu banyak keputusan.

Tapi semenjak jadi usahawan kain baju, banyak sangat keputusan yang perlu dibuat.

Apa jenis kain yang hendak dibeli
Apa corak kain yang hendak dibeli
Berapa jumlah kain yang perlu dibeli bagi setiap corak
Berapa harga kain yang ingin dijual
Berapa kain yang perlu diletakkan di setiap outlet

Dan pelbagai bagi keputusan yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat membingungkan saya.

Apabila dah berada di Guangzhou masalah ni pun menjelma lagi.

Kalau diikutkan, tak mampu rasanya nak buat keputusan. Ataupun perlukan masa yang lebih lama. Ataupun perlu pandangan dari orang lain.

Tapi tak boleh macam tu. Kalau tak buat keputusan cepat, takkanlah nak balik dengan tangan kosong.

Jadi kena jugak buat keputusan supaya kedatangan ke Guangzhou dengan pengorbanan masa selama 5 hari ini berbaloi.

Kalau ikutkan sepanjang hari ni saya rasa sangat mencabar. Nak pilih material shawl apa yang nak dijual. Pastu nak buat design utk paperbag. Adoi lemah semangat.

Kalau ikut hati, serius rasa taknak fikir. Rasa macam kepala dah ‘hang’. Tapi terpaksa kuatkan semangat dan buat keputusan.

Sebenarnya dalam hidup kita ni, kita ada banyak sangat pilihan. Dan kita pun boleh memilih untuk tidak membuat pilihan. Tapi pilihan tu lah yang akan mencorakkan masa depan kita.

Kalau kita inginkan masa depan yang lebih baik, kita kena pilih untuk membuat sesuatu di luar zon selesa kita. Kalau tidak, kita akan terus terusan berada di dalam situasi kita sekarang.

Alhamdulillah saya dah berada jauh di luar zon selesa saya. Dan Alhamdulillah kehidupan saya pun dah jauh berubah berbanding setahun, dua tahun, tiga tahun dan lima tahun lepas.

Anda bagaimana? Apakah keputusan anda?

One thought on “Membuat Keputusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *