Melepek..

Hari ni antara hari berpuasa yang sungguh mencabar.

Pagi tadi bangun sahur tak lalu nak makan. Cuma minum air dan makan popia nestum sikit.

Pastu tido sekejap.

Pukul 7 pagi pergi ke Airport Senai untuk hantar beg-beg baru. Pergi dengan suami dan Ali.

Pukul 9.15 gerak ke Jusco Bukit Indah.

Pukul 11 gerak ke Tesco Bukit Indah -> Jusco Permas Jaya -> Balik rumah hantar Ali -> Singgah Umall -> Patah balik ke Jusco Bukit Indah -> Singgah sekali lagi di Tesco Bukit Indah -> Singgah Song Mart beli barang dapur.

Sibuk ke semua outlet sebab nak ambil barang-barang yang orang borong. Dan jugak sibuk agihkan paperbag dan ecobag baru. 🙂

Sampai rumah, memang rasa teramat penat dan terus mencari tilam. Memang suami yang drive dan sepatutnya dia lagi penat. Tapi mungkin sebab semalam saya tidur lambat jadi penat dia lain macam.

Baru je terlelap, ada staf call.

Baru je terlelap lagi, supplier dari Vietnam pulak call.

Sekarang ni dah kurang ngantuk tapi rasa pening kepala sikit.

 

Hari ni ada lebih 200 helai baju kurung, lebih 20 helai jubah dan lebih 100 helai baju peplum kanak-kanak akan diposkan dari Vietnam.

Harap-harap semuanya sempat sampai hari Jumaat ni.

Kalau tak sampai, redha jelah. Nak buat macamana. Saya dah cuba yang terbaik.

 

Bila dah beli beg, rasa seronok pulak. Lepas ni nak jual beg di outlet-outlet lain jugak.

Manalah tahu lepas ni bertukar jadi supplier beg pulak. Hihihi.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *