Melawat Butik

Khamis malam kami berempat (saya, suami, Ali & Yaya) bertolak ke KL. Sebenarnya nak tengok rupa paras butik yang dah lama tak dijengah. Sambil-sambil tu ambil kesempatan buat Visa untuk ke China.

Sedikit info untuk sesiapa yang nak buat Visa, sekarang ni syarat dah makin longgar. Kena tunjuk tiket kapal terbang ATAU rekod tempahan hotel.

Sebelum pergi saya ada hubungi satu Travel Agency, katanya sekarang tak perlu bawa pun dua dokument tu. Alih-alih bila dah sampai, tak boleh buat.

So saya pun booking hotel melalui Agoda. com dan print di kedai printing yang berhampiran. Bersyukur sangat sebab staf di sana sangat membantu. Pak guard dia pun membantu sangat. Gigih bagi direction untuk kami ke kedai printing yang berhampiran.

Travel Agency pun ada cakap sekarang cuma boleh buat Single Entry Visa je. Sebenarnya tak. Nak buat Double Entry pun boleh. Harga untuk Single Entry – RM85 seorang manakala harga untuk Double Entry – RM105 sorang. Kira okaylah berbanding caj yang dikenakan oleh Travel Agency iaitu RM140 untuk Single Entry.

Saya buat visa biasa je yang ambil masa 4 hari bekerja untuk siap. InsyaAllah Rabu ni siap dan saya pun dah bagi resit pada staf saya dan minta dia tolong ambilkan.

InsyaAllah akan ke Guangzhou pertengahan Ogos nanti bersama suami dan baby girl tercinta. 🙂

 

Selesai urusan buat Visa, teruslah ke butik. Alhamdulillah bulan puasa ni ramai sangat pelanggan. Ramai juga yang datang dengan memakai tudung Benang Hijau. Rasa happy sangat.

Petang tu singgah buka puasa di rumah pakcik di Sungai Ramal dan malam tu sibuk melayan pakcik sekeluarga datang shopping baju raya.

 

Semalam pulak pagi-pagi dah buat meeting dengan Manager di sana. Ingatkan dia semula supaya cuba bagi servis yang terbaik. Pastu tanya apa pendapat dan cadangan dia serta apa yang dia perlukan.

Kalau ikutkan ada benda yang saya kurang puas hati. Tapi saya pun faham diorang sibuk sangat bulan puasa ni. Ayah saya pun selalu pesan, “Ingat kebaikan orang pada kita. Lupakan kebaikan kita pada orang.” Jadi saya pun taklah membebel sangat.

Cuma saya bagitau jugak apa expectation saya dan harap dia dapat buat bila kurang sibuk.

Lepas tu kami pun make over lah sikit. Ubah kedudukan shawl dan jubah. Dengan susunan baru Alhamdulillah sales lebih rancak semalam.

Tahun ni memang saya sediakan lebih banyak stok baju berbanding tahun lepas. Tapi kurang puas hati dari segi tudung sebab tak dapat sediakan lebih banyak stok kerana production team sibuk uruskan tempahan online.

InsyaAllah esok admin online akan settlekan semua order dan lepas tu barulah dapat tambah stok untuk butik dan outlet.

 

Lepas raya ni Production House akan berpindah ke rumah kedai 3 tingkat di area Wakaf Che Yeh. InsyaAllah boleh tambah lagi mesin dan juga tukang jahit. InsyaAllah lepas raya ni akan lancarkan tudung baru yang mungkin akan meletop jugak. Hihihi..

Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *