Mekap Menutup Jerawat Atau Menyebabkan Jerawat?

Bila tengok video kat bawah ni, saya jadi terfikir samada masalah jerawat dia makin menjadi-jadi disebabkan mekap.

 

 

Apa yang saya nampak, bila dia pakai foundation tu, dia kena ratakan foundation ke seluruh muka. Jadi secara tak langsung dia sendiri yang spread bakteria ke bahagian muka yang tak ada jerawat.

Lepas tu pulak bila dah mekap tebal macam tu, pastilah ada bahan kimia yang masuk ke liang roma dan menyebabkan masalah jerawat makin teruk.

Saya pun selalu juga ada jerawat tapi selepas beberapa hari dia hilang sendiri tanpa pakai apa-apa.

Dan seriously saya rasa kesian sangat pada orang yang memerlukan lebih 10 jenis produk yang pastinya mengandungi bahan kimia untuk nampak cantik. Padahal semua kecantikan tu boleh hilang dengan wet tissue.

Bayangkan anda kahwin dengan orang yang macam ni. Lepas kahwin agaknya terkejut tak? Tak ke mengigau dibuatnya?

Apapun, tahniah kepada awek ni kerana pandai menggunakan mekap. Kepada yang nak belajar mekap, bolehlah subscribe akaun YouTube dia di siniĀ http://www.youtube.com/user/DiamondsAndHeels14?feature=watch

 

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *