Masih Ada Yang Sayang..

Chat antara saya dan salah seorang insan yang saya suka sangat

 

Rupa-rupanya masih ada yang sayang pada muatan berlebihan saya. Hahahaha…

Sebagai penternak yang berjaya, saya pun sayang. Bukan senang nak jadi macam ni. Bertahun-tahun dibaja dengan makanan yang sedap-sedap. Kalau duit tu dilaburkan, dah lama jadi jutawan.

Tapi saya kesiankan tubuh saya. Kesian pada kaki yang kena bawa muatan berlebihan. Kesian pada jantung. Kesian pada perut. Kesian pada lutut. Kesian pada buah pinggang.

Kesian dan risau takut nanti saya dapat penyakit yang tak boleh diubati lagi.

Kalau dah jaga tapi dapat penyakit jugak, nak buat macamanakan. Tapi kalau dapat penyakit disebabkan tak jaga, memang saya akan rasa menyesal sangat.

Selain tu, saya pun nak jadi seorang isteri dan ibu yang sihat untuk keluarga saya. Saya pun nak jadi isteri yang membanggakan suami. Saya nak jadi pemimpin yang dapat dibanggakan oleh ahli kumpulan saya.

Saya pun nak nampak lebih kurus bila masuk majalah @ surat khabar bila diorang buat liputan tentang kejayaan saya nanti. Hahaha… poyo sangat kan?

Tapi kali ni memang semangat lain macam. Petang tadi En Suami yang sangat berbakat masak kentang goreng yang dicampur cheese. Tapi sebab saya tahu kandungan kalori yang sangat tinggi dalam kentang goreng, jadi saya langsung tak jamah.

Memang saya pun kagum dengan kekuatan jati diri saya dalam berdiet kali ni.

Tambah-tambah tadi bila peserta kelas blog saya cerita pasal kawan dia yang turun berat badan 40kg dalam masa setahun. Dari 90kg menjadi 50kg. Mula-mula kawan dia minum Herbalife. Lepas tu dia jaga makan.

Fuh.. naik syeh kejap bila dengar cerita peserta saya ni.

Kalau kawan dia boleh, saya pun pasti boleh kan.

Tetiba teringat pengalaman nak bersalin anak pertama.

Sebelum bersalin takut sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Takut sangat sampai rasa nak mengandung sampai bila-bila.

Salah satu cara saya mengatasi rasa takut saya adalah dengan berfikir tentang orang-orang yang lebih kurang bernasib baik dari saya.

Orang yang kurang bijak, orang yang kurang kaya, orang yang kurang kasih sayang, orang yang kurang sihat, semua pun boleh bersalin dengan jayanya. Jadi, saya pun pasti boleh bersalin dengan jayanya jugak.

Kalau saya takut, maknanya saya kalah dengan diorang dan diorang lebih hebat dari saya. Apa kelas kalah dengan kakak operator dan makcik kantin kan? Jadi saya pun mengumpul kekuatan untuk bersalin.

Hahaha.. boleh gitu? Nak bersalin pun kena buat ayat penyedap hati. Hahahaha..

Okay bye. Nak sambung buat kerja-kerja seorang usahawan internet yang tak habis-habis. Antaranya adalah skodeng blog orang. Opps, kantoi! 🙂

 

One thought on “Masih Ada Yang Sayang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *