Masalah Obesiti.. Eh Tak, Masalah Obses!

Bila saya menulis sesebuah artikel, memang saya mengambil masa yang lama sangat.

Baca, edit, betulkan kesalahan ejaan, tambah, baca lagi, edit lagi, tambah lagi.

Memang banyak masa yang dihabiskan sebenarnya. Kiranya saya ni obses sangat untuk hasilkan artikel yang sempurna.

Tapi takpelah, apa salahnya berkorban sedikit masa untuk hasilkan artikel yang bermanfaat buat orang lain.

Kepada rakan-rakan blogger, nak obses boleh, tapi jangan sampai langsung tak menulis.

Setiap hari, kongsikan sedikit sebanyak perjalanan hidup anda. Kongsikan apa sahaja pendapat anda tentang sesuatu perkara.

Jangan terlalu fikir pasal pandangan orang terhadap anda. Bak kata Bill Cosby,

I don’t know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.
Bill Cosby

Dengan menjadi diri sendiri, anda akan bertemu dengan orang-orang yang mempunyai ‘fikrah’ yang sama dengan anda.

Pada masa tu, anda akan rasa hidup ini sangatlah membahagiakan. Alhamdulillah.. saya dah rasa dan saya pun nak anda rasai benda yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *