Masalah Dengan Haters

Sebelum ni baca kat blog-blog popular pasal masalah diorang dengan haters atau pembaca yang tak suka diorang.

Ada yang buat entri khas. Ada yang mesti tulis pasal haters di setiap entri. Dan ada yang sampai buat laporan polis.

Masa tu fikir, bilalah agaknya saya nak mencapai tahap glamer macam ni.

Dan betul sangat kita boleh dapat apa sahaja yang kita nak. Ini kerana hari ni saya dapat tahu bahawa saya pun dah ada haters.

Wohoooo!

Buat haters saya, terima kasih kerana sudi datang dan menambahkan bilangan trafik ke blog saya. Kalau nak tolong klik iklan Nuffnang sekali pun boleh. 😉

Saya pernah terbaca,

Bila ada orang dengki pada kita, kita kena bersyukur sangat. Sebab ini bermakna hidup kita lebih baik daripada dia.


I love you haters! 🙂

Tapikan, sebenarnya ada perasaan risau juga bila tahu ada yang tak suka tetapi selalu datang ke blog kita untuk mencari kesalahan kita.

Rasa nak stop berblogging pun ye jugak.

Tapi bila fikir balik, setiap kerja yang kita buat pasti ada cabarannya. Kalau tak mencabar pun tak best.

Pada masa-masa macam ni lah jugak saya rasa respek pada orang-orang yang berjaya dan popular. Ini kerana, makin banyak yang suka, pasti makin banyak yang tak suka. Kagum dengan cara diorang menangani masalah ni.

Akhir kata, pesanan buat anda yang mungkin tak suka saya, atau tak suka sesiapa sahaja, jangan menyibukkan diri untuk menjadi penonton kepada kehidupan orang lain, tetapi jadilah hero/heroin yang berjaya di pentas kehidupan anda.

Hidup terlalu singkat untuk membenci.

Tagged on:

4 thoughts on “Masalah Dengan Haters

  1. Fadzilah Mamat Post author

    Setuju dengan Muaz. 🙂

    Bila ada haters ni kita lebih berhati-hati dan kita sendiri pun akan lebih memahami perasaan orang yang dibenci.

    Suka tengok blog Muaz. Cantik dan tersusun je.

  2. Yati

    Haters ni kan ibarat pembangkang. Nak cari kesalahan orang. Makin banyak haters makin bagus isi kandungan blog kita. Tak pasal-pasal ada orang report kat suruhanjaya pilihan raya nanti. YB Fadzilah Mamat kan nak bertanding. Hahahaha……

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Hahaha.. kreatif betul Kak Yati Meletop ni. Sekarang dah pandai buat perumpamaan ya. 😛

      Tapi betul gak tu. Haters macam parti pembangkang supaya kita sentiasa berjaga-jaga.

      Dan betul jugak pasal nak bertanding tu kan. Nanti dah masuk politik lagi banyak haters. Huahuahua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *