Masalah Angin Semasa Mengandung

Sekarang ni saya mengalami masalah angin dalam badan yang sangat teruk.

 

Google punya google, antara penyebabnya adalah sistem penghadaman yang jadi perlahan disebabkan kadar hormon progesteron yang tinggi dalam ibu mengandung.

 

Start tengahari ni saya kembali amalkan minum Tea Mix Herbalife + Aloe Herbal Concentrate untuk bantu melancarkan proses penghadaman dan percernaan.

 

Lepas minum je, terus sendawa. Yeayyy!!

 

InsyaAllah lepas ni nak amalkan dua kali sekali iaitu pagi dan malam. Harap-harap masalah angin ni akan berkurangan dan saya boleh kembali menjalani kehidupan normal.

 

Hari ni pun saya tak keluar ke mana-mana outlet. Duduk rumah sambil bagi tugasan kepada staf di butik dan di outlet.

Antaranya adalah bagi contoh gambar dan minta staf di butik ambilkan gambar-gambar shawl printed yang available di sana.

 

Alhamdulillah hari ni ada beberapa pelanggan yang beli secara online. Ada yang beli baju kurung. Dan ada yang beli shawl. So rasa produktif jugaklah walaupun sambil-sambil bergolek menahan sakit perut akibat angin.

 

Kepada yang minat nak berniaga online, mulakanlah langkah pertama. Jangan malu-malu. Ada seorang kenalan saya yang dah kaya raya. Dah pakai BMW 5 series. Dah duduk di rumah mewah. Dah ada banyakkkk pasif income. Tapi tetap gigih berniaga pakaian wanita di instagram. Kagum sangat!!

 

Kalau belum kaya tapi rasa malas @ malu sangat nak berniaga, confirm takkan jadi kaya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *