Masa

Sekarang ni Alhamdulillah bisnes dah bertambah baik dan setiap bulan ada lebihan untuk kami buka cawangan baru.

Bulan 3 ni insyaAllah kami akan buka butik di Kuala Terengganu dan juga di Johor Bahru.  Selain tu hujung bulan ni juga kami akan menjadi vendor di Modvier Bangsar.

Bulan 4 pulak insyaAllah nak buka butik vendor di Bandar Baru Bangi. Lokasi berdekatan butik sedia ada.

InsyaAllah dalam masa terdekat juga kami akan mulakan Production di Bangi. Kiranya nanti sebahagian tudung akan dijahit di Bangi dan sebahagian lagi akan dijahit di Kelantan.

 

Banyak sangat peluang sebenarnya.

Takde istilah pesaing pun sebenarnya.

Kita sebenarnya bersaing dengan diri kita sendiri.

 

Besar mana kita nak jadi. Jauh mana kita nak pergi. Banyak mana produk kita nak jual. Banyak mana iklan kita nak buat. Semuanya di tangan kita.

 

Hari ni hampir seharian duduk di rumah sahaja sebab Yaya demam. Tapi dalam pada duduk rumah banyak jugak urusan yang berjaya diselesaikan antaranya settlekan skrip iklan radio dan juga order kain untuk koleksi bulan depan.

Bila dah cuba iklan radio, rasa seronok pulak sebab rasa macam lebih berkesan dan jenama lebih dikenali. Bukan setakat kaum wanita je. Kaum lelaki pun turut kenal. Bukan hijabista sahaja, orang kampung pun kenal. Sampai sekarang dah malu nak bagitahu kita buat bisnes apa. Sebab expectation orang dah jadi lebih tinggi.

 

Ada supplier kain yang boleh berhubung melalui Whatsapp tapi lebih puas hati jika dapat pergi tengok apa trend-trend terkini dalam dunia fabrik.

Ikutkan hati, Rabu & Khamis ni nak fly ke luar negara untuk beli kain.

 

Tapi bila bincang dengan anak-anak, diorang macam sedih je. Diorang kata boleh pergi tapi dua hari je. Sayu pulak rasa..

 

Kesimpulannya, kepada adik-adik yang belum berumahtangga atau belum beranak pinak atau anak masih kecik, silalah pulun habis-habisan ya. Akak yang dah ada 4 orang anak dan anak sulung dah 12 tahun ni, memang tak cukup masa sebenarnya.

 

Ikutkan hati, taknak berpisah langsung dengan anak-anak. Sebab taknak sampai suatu masa nanti anak-anak jadi tak kisah samada mak ayah ada di rumah atau tak. Atau mungkin juga boleh sampai tahap di mana anak-anak lebih suka bila mak ayah takde.

Tapi kalau dilayan sangat perasaan tu, macamana nak majukan bisnes kan?

 

One thought on “Masa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *