Masa Depan Yang Gelap Untuk Bakal Doktor?

Saya baru sahaja membaca sebuah artikel yang sangat mengejutkan tentang realiti pekerjaan doktor sekarang.

Menurut artikel ini, http://pagalavan.com/2012/03/19/for-future-doctors-the-future-is-bleak-indeed/ masa depan bakal doktor adalah gelap.

Ini kerana, persaingan yang semakin tinggi.

Menurut beliau berdasarkan keadaan sekarang, tiada jaminan untuk doktor akan mendapat pekerjaan.

It is indeed true that MMC may soon remove the 4 years compulsory service under pressure. It is no more a rumour as I have mentioned before. It basically means that after 2 years of housemanship which is given on contract basis, there is no guarantee that you will get a job. You will have to apply to get a job in civil service or open a clinic (with license to kill). You can also forget about postgraduate education if you do not get a job in public sector.

 

Dan memandangkan doktor juga hanya boleh buat Masters selepas berkhidmat selama 5 tahun, jadi bakal doktor yang tidak mendapat tempat housemanship atau yang tidak mendapat pekerjaan selepas housemanship terpaksa terus menunggu.

Ibarat lambakan engineer yang berlaku semenjak beberapa tahun yang lepas, begitulah yang mungkin akan berlaku ke atas profesion kedoktoran.

Jadi penulis blog yang merupakan seorang doktor di Johor menasihatkan masyarakat agar tidak terlalu obses dengan kerjaya ini.

Antara petikan dari blog ini,

Over the last 24 months since I started blogging I have been constantly saying that the future is bleak for doctors. Guaranteed job, good money and life are the reasons why many choose medicine. That is the fact! Forget about helping people, curing the sick etc which is actually the minority. Whatever said, at the end of the day, it is a profession to earn a living. Unfortunately, many people believe that just because they spend RM 500 000 to RM 1 million to do medicine, the return of investment is high!! It is a total misconception that the public is totally unaware.  Our society is just obsessed in getting their children to become a doctor for glamour and social status. That must change!

 

Saya harap perkongsian ini dapat membuka mata ibu bapa dan adik-adik yang baru sahaja mendapat keputusan SPM.

Jangan pilih sesebuah kursus pengajian disebabkan glamer semata-mata.

Cuba kaji balik apakah kelebihan dan minat anda yang sebenar. Barulah boleh belajar dengan baik dan lulus dengan cemerlang.

Kos apa pun yang dipilih, kalau belajar betul-betul dan dapat keputusan cemerlang, InsyaAllah anda juga akan mendapat pekerjaan yang baik dengan gaji yang lumayan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *