Mampu milik

Hari ni Abang Adi tak pergi sekolah sebab demam.

Abang Adi ni sebenarnya memang jaranggggg sangat ponteng sekolah. Dia punya suka pergi sekolah sampaikan lagi rela pergi sekolah daripada pergi ke Waterpark.

Tapi bagus jugaklah sesekali demam. Bolehlah bagi kasih sayang lebih sikit. 🙂

 

So tadi masa pergi klinik tu doktor tu tanyalah saya kerja apa. Saya pun cakaplah saya bisnes tudung. Pastu bila dia tahu brand apa, dia cakap, baguslah tudung awak kan. Affordable.

Alhamdulillah. Suka sangat dengar dia cakap macam tu. Sebab memang niat macam tu pun. Niat nak jual tudung yang berkualiti pada harga mampu milik.

 

Sebenarnya hari ni suami masih sibuk menguruskan harta benda dari kilang lama ke kilang baru.

Kesian sangat dengar luahan hati dia yang sangat penat.

 

Tapi apakan daya. Kalau nak maju, kena berani berubah kan. Tak boleh statik je.

 

Malam ni berbual dengan supplier kain. Bincang-bincang pasal stok kain sebab insyaAllah kami perlukan stok kain yang banyak untuk projek terbaru.

Kalau boleh nak jadi customer yang baik. Yang tak terlalu cerewet. Yang bayar tepat pada waktu. Yang membahagiakan supplier.

 

Okay bye. Sampai jumpa lagi. InsyaAllah lepas ni lebih kerap update kot. Hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.