Malas Nak Beli Buku..

Semenjak beberapa bulan lepas saya dah rasa malas nak beli buku.Β Nak masuk kedai buku pun rasa malas sangat.

Memang dah lama tak menjejakkan kaki ke kedai buku.

Malas nak pergi sebab tak tahan dengan godaan buku-buku yang best terutama di ruangan investment, money, self help, motivation dan marketing. πŸ™‚

Semenjak Disember saya telah menjadi ahli Perpustakaan Sultan Ismail yang terletak di Larkin, Johor dan sekarang saya lebih suka pinjam buku.

Kalau kat kedai buku, RM35 boleh beli satu buku je. Tapi kat perpustakaan ni, RM35 membolehkan kita meminjam berpuluh malah beratus buah buku, bergantung kepada kesungguhan kita.

Don’t buy it if you can borrow it πŸ™‚

Sebagai ahli, kita boleh pinjam 3 buku selama dua minggu. Kalau tak sempat hantar, boleh renew melalui telefon. Mudah kan?

Alhamdulillah… suka sangat bila dapat baca buku yang kita suka. Kalau selama ni rasa sakit jiwa je sebab tak mampu nak beli semua buku yang best. Sekarang bila pergi ke perpustakaan, memang tiada halangan lagi.

Tinggal nak dengan taknak je…

Tapi ada juga buku yang memang patut dibeli kerana boleh dijadikan rujukan dari semasa ke semasa.

Kalau seminggu baca 3 buku, setahun dah baca dalam 150 buku. Dah boleh jadi pakar dalam apa jua bidang yang kita minat.

Jom pergi perpustakaan awam sama-sama! πŸ™‚

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *