Malam Yang Hangat

Malam ni sebenarnya mood dah okay sangat dah.

 

Tapi tetiba dapat panggilan telefon dan malam menjadi hangat. Ada seorang pelanggan nak beli skirt dalam jumlah yang banyak.

Yang bestnya, bila dia tunjuk gambar, saya takde jual skirt tu.

Dengan kata lain, ada staf saya yang letak produk dia di kedai dan seterusnya berniaga secara percuma di kedai saya.

Kita ni dah bayar sewa, bayar gaji dia lagi. Dia pulak sesedap rasa nak letak produk sendiri dan dok promote produk dia.

 

Yang menarik lagi, staf yang sama pun ada jual produk saya pada harga yang jauh lebih rendah. Hampir 45% daripada harga yang ditetapkan.

 

Ikut hati, malam ni jugak nak bersemuka dengan staf tu. Rasa nak telefon dan tanya dia sekarang jugak.

Tapi suami kata sabar. Lebih baik jumpa depan-depan. Lebih baik lagi jumpa sekali dengan pelanggan tu. Tengok macamana dia jawab.

 

Dari satu segi, bersyukur jugak pelanggan tu call. At least saya tahu dan saya boleh ambil tindakan.

Betullah orang cakap, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jugak.

 

Tak sabar rasanya nak jumpa tupai sekor ni.

 

2 thoughts on “Malam Yang Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *