Malam Malam Dapat Idea

Malam ni dapat idea nak produce satu produk yang saya rasa sangat berpotensi.

Terus la bukak laptop, cari supplier bahan-bahan yang berkaitan dan cepat-cepat hantar emel.

 

Tak sabar nak tunggu balasan emel dari supplier.

 

Rasanya produk ni bakal meletop lebih besar dari produk sedia ada. Wohoooo!!

 

Makin lama makin seronok buat bisnes konvensional. Memang perlukan kos yang besar dan komitmen bulanan yang besar, tapi sebenarnya tak la sibuk sangat pun.

Most of the time memang duduk rumah je. Tension macamanapun, tak perlu keluar ke mana-mana. Boleh je berfikir sambil duduk dengan anak-anak.

Lagipun dah makin tua ni rasa makin malas nak keluar dan jumpa orang. Nak kerja di belakang tabir je.

Pastu nak jual something yang tak melibatkan risiko dan tak perlukan saya bagi servis yang berpanjangan.

 

Bila tengok balik, orang-orang yang berjaya dalam bidang networking memang besar pengorbanannya. Nak kena luangkan masa untuk meeting, coaching dan merekrut. Jarang jumpa orang yang masih boleh maintain income bila dia dah slow down.

Memang boleh jadi kaya, tapi pengorbanan masa pun besar sangat.

 

Bukanlah nak condemn bisnes networking, tapi makin lama saya rasa bisnes macam ni kurang sesuai dengan saya yang low profile.

Dalam keadaan sekarang, serius bersyukur sebab ada bisnes Benang Hijau. Kalau masih mengharapkan income sebagai konsultan, memang hancussss sangat sebab sekarang ni memang tak larat nak keluar jumpa klien.

Bukanlah nak stop jadi konsultan. Jadi konsultan pun masyukkk dan saya pun dapat pasif income yang lumayan setiap bulan. Tapi rasanya elok kita ada multiple source of income supaya taklah terbeban sangat in case berlaku perubahan besar dalam industri yang kita ceburi.

 

Yang penting, jangan mudah rasa selesa dan kena selalu cari peluang dan fikirkan idea-idea baru.

Kalau orang lain boleh dapat pendapatan RM100,000 sebulan, kita pun pasti boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *