Makin Hari Makin Sibuk

Dari semalam plan nak ke KL tapi tak sempat. Yelah sampai rumah pun dah pukul 4. Kalau terus ke KL, pukul 7 @ 8 baru sampai. Tak sempat nak buat apa yang nak dibuat.

So tunda ke hari ini (hari Rabu).

Kalau ikutkan hari ni pun sangat sibuk. Pukul 9 pagi saya dan suami attend taklimat pembiayaan untuk usahawan. Excited sangat pasal ni. Tak sabar nak hantar kertas kerja. 🙂

 

Pukul 12 lunch kejap. Pastu singgah outlet baru di Permas Jaya. Hantar meja, brooch dan baju kurung baru.

Dalam pukul 2.30 petang bertolak dari Permas Jaya ke KL. Suami minta saya drive sebab dia mengantuk. So saya drive dari Plaza Tol Skudai sehinggalah ke Ayer Keroh. Saya drive biasa-biasa je. Maintain 110km/jam. Taknak tetiba dapat surat saman ekor nanti.

Rasa kejap je perjalanan sebab sibuk bercakap dengan macam-macam orang. Dengan family, dengan management Jusco, dengan Puan Seri Yati Meletop dan juga dengan staf-staf Benang Hijau.

 

Hari ni ada masalah sikit kat butik di Bangi.

Dalam pukul 12 lebih, ada seorang lelaki Cina datang butik. Dia minta duit dengan staf kononnya saya suruh mintak. Dia siap berlakon call saya depan staf dan siap tulis resit bayaran kos plumbing sebanyak RM360.

Mujurlah duit kedai tak banyak. Ada dalam RM60 je sebab memang setiap malam staf akan bank in duit kedai. So staf cuma bagi RM140 je. Tu pun campur dengan duit dia RM80.

Staf saya cakap dia ‘jadi bodoh sekejap’. Dia jadi percaya je dengan apa yang lelaki tu cakap sebab cara dia cakap dalam telefon tu real sangat.

Padahal secara logiknya saya ni kan tinggal kat Skudai. Macamana pulak saya buat kerja-kerja plumbing kat Bangi. Dan saya pun tak pernah suruh mana-mana orang datang kutip duit kat butik.

Tapi tulah, staf saya macam terpukau dengan kepetahan @ kelicikan lelaki tu. Sebab dia pun datang pakai baju macam orang-orang kerja plumbing gitu. Memang real sangat la.

Lepas lelaki tu keluar, staf tu cuba call saya berkali-kali tapi tak dapat. Pastu dia mula terfikir, kalau dia tak dapat call saya, macamana lelaki tu dapat call saya. Dan dia mula cuak.

Pastu dia call nombor personal saya dan ceritakan pasal ni. Sah-sah dia kena tipu.

Sebenarnya staf saya ni isteri polis. So dia pun telefon 999 dan buat aduan dan lepas tu suami dia temankan dia pergi buat report polis.

Mujurlah butik tu ada CCTV. Dan esok polis akan datang butik untuk tengok rakaman CCTV.

Licik betul orang jahat zaman sekarang. Macam-macam cara nak menipu. Mujurlah dia tak cederakan staf saya.

Kepada orang Bangi @ kawasan sekitar, berhati-hati ya. Sebab lelaki ni memang licik sangat. Lakonan memang real.

 

Sampai di KL dalam pukul 6, terus pergi ke tempat yang dituju. Dalam pukul 9, semua urusan settle.

Plan nak singgah outlet di Shah Alam tapi dah tersilap masuk simpang dan jadi makin jauh. So terus tukar destination untuk balik ke JB.

Dalam perjalanan, rasa nak makan makanan Western yang sedap dan mulalah teringat Restoran Islamic Steakhouse berdekatan butik Benang Hijau di Bangi. Bolehlah singgah kejap sebab dah memang dalam perjalanan balik. Lagipun nak singgah jumpa staf yang sedang berduka lara.

So singgah butik kejap. Berbual mesra dengan staf. Suruh dia ceritakan semula apa yang berlaku. Kesian tengok dia. Sedih dan trauma sangat.

 

Lepas tu makan Beef Nachos, BBQ Chicken, Rib Steak & Onion Ring. Ni semua suami yang order. Orang tengah lapar la katakan. Semua benda terliur.

Mula-mula suami drive. Bila dia ngantuk, saya sambung drive dari Senawang ke Pagoh. Kali ni dah tekan minyak habis-habisan sebab tak sabar nak sampai rumah. Saya bawak dalam 150-160km/jam. Seronok sekali-sekala bawak laju. Tak takut sangat kena saman ekor. Sebab saya fikir malam-malam ni kamera tak nampak. Samada teori ni betul @ tidak tak tahulah. Tapi bila malam menjelma, saya jadi berani lain macam. Hahahaha..

Sampai Pagoh, suami sambung drive dan saya tidur. Dan dalam pukul 1 lebih kami sampai rumah. Alhamdulillah..  🙂

 

Serius hidup saya makin hari makin sibuk. Tapi saya happy sangat. Happy meniti setiap hari sebagai seorang usahawan. Dan looking forward untuk menjalani hari esok.

Ramai orang mengeluh tak de duit la, susah nak dapat kerja yang bagus la, gaji sikit la, bos tak okay la, tak mampu nak beli itu la, macam-macam. Tapi masih ada masa nak tengok TV, nak bergossip, nak kenangkan perkara lampau yang tak best, nak salahkan mak ayah, nak salahkan orang lain, kononnya orang lain yang menyebabkan dia susah, kononnya dialah mangsa keadaan.

Tapi sebenarnya masa yang Allah bagi kepada kita cukup banyak. Cukup sangat untuk kita ubah hidup kita dan hidup anak-anak kita.

Kalau kita dilahirkan susah, mungkin salah mak dan ayah kita. Tapi kalau kita terus hidup susah, memang salah kita!

 

Alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan rezeki yang dikurniakan kepada saya. Tapi saya berjaya bukan semata-mata sebab saya bertuah. Saya berjaya sebab saya berusaha lebih. Saya berjaya sebab saya korbankan masa rehat saya. Saya berjaya sebab saya sanggup bersusah-susah dahulu. Saya berjaya sebab saya berani mengambil risiko. Saya berjaya sebab saya sentiasa cuba mencari peluang dan mengambil peluang yang datang.

Dan saya sangat percaya, semua orang pun boleh berjaya jika dia betul-betul mahu berjaya.

Nobody can stop a man with the right attitude. And nobody can help a man with the wrong attitude.

Stop blaming. Stop complaining. Stop gossiping. Live more. Give more. Love more.

 

Yang tetiba bersemangat pada pukul 2.39 pagi,

Fadzilah Mamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *