Make Your Stay A Memorable One

Baru lepas dapat berita yang mengejutkan.

Anak sepupu saya yang sedang belajar di UNIMAS meninggal dunia disebabkan kemalangan motosikal. Di Bangkok.

Dah lama saya tak jumpa arwah ni. Selepas berbelas tahun, saya berjumpa dengan arwah semasa hari raya Aidilfitri yang lepas semasa melawat ayahnya (abang sepupu saya) yang baru lepas menjalani pembedahan jantung.

Hensem. Bijak. Sopan. Peramah. Pandai main dengan budak. Itu tanggapan saya terhadap arwah dalam pertemuan kami selama sejam.

Masa jumpa tu jugak, saya yakin arwah pasti dapat membantu menambah baik kehidupan keluarga dia.

Jadi berita malam ni memang sangat sangat mengejutkan saya.

Tambah-tambah bila kejadian ni berlaku di luar negara.

Saya pulak dah banyak kali jugak membonceng motor di Vietnam. Rasa serik sangat.

Memang betul ajal maut di tangan Allah. Tapi lepas ni nak lebih berhati-hati.

Kesimpulannya, hidup kita singkat sangat. Mati itu pasti. Anytime kita akan mati. Make your stay a memorable one.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *