Makan-Makan

Hari ni staf di Production House buat makan-makan. Semangat sangat sorang-sorang collect duit dan ada beberapa orang yang jadi orang kuat.

Diorang jemput je saya dan suami datang. Katanya jangan susah-susah. Tapi disebabkan saya teringin nak makan Roti Jala, saya pun tempah Roti Jala + Kari Ayam.

Boleh tahan meriah jugak majlis makan-makan ni. Last sekali, ada surprise pulak. Rupanya diorang tahu birthday saya bulan ni dan siap belikan kek. Terharu sangat…

 

Alhamdulillah dapat sepasukan pekerja yang sangat best. Minta tolong apa-apa cepat je siap. Semua ringan tulang je.

 

Beberapa hari ni saya sibuk jugak memikirkan strategi terbaik untuk memajukan bisnes. Patut buka lebih banyak outlet kecik-kecik. Atau patut buka butik yang besar.

Kalau dari segi sewa dan gaji, kedai besar lebih jimat. Tapi risau jugak dari segi jualan. Kotlah tak sebanyak kiosk.

Kalau ikutkan sales di butik Bangi memang okay sangat. Tapi kalau buka di area lain, tak tahu lagi.

 

Tapi apa-apa hal pun, kena mantapkan lagi production. Biar stok berlebih-lebih dan semua order dapat disiapkan secepat mungkin.

 

Okay bye. Nak rehat dulu. Hari ni badan rasa panas. Harap-harap esok pagi kembali sihat seperti biasa. 🙂

One thought on “Makan-Makan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.