Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?

Ayah saya suka sangat membaca surah Al Rahman.

Sejujurnya saya kagum sangat dengan ayah. Pada usia 65 tahun masih mampu menghafal banyak surah Al-Qur’an. Dan setiap kali memandu dia akan membaca surah-surah yang dihafalnya.

Ayat yang selalu diutarakan kepada saya adalah ayat 13 surah Al-Rahman iaitu,

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Setiap kali dia bermalam di rumah saya, menaiki kereta saya atau ketika bermain dengan anak-anak saya, ayah akan mengulang-ulang ayat ni.

Memang peringatan berterusan dari ayah inilah yang menjadikan saya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dari Allah.

Dan Alhamdulillah, bila kita bersyukur kita menjadi tenang, gembira, tidak tamak dan tidaklah terlalu mengejar harta benda sehingga sanggup melakukan apa sahaja.

Memang betul saya berada dalam kedudukan yang agak selesa sekarang, tetapi sebenarnya walau bagaimana pun keadaan hidup anda, pasti ada banyak benda untuk disyukuri.

Anda sihat. Pasangan sihat. Anak-anak sihat. Malah, mempunyai pasangan dan anak-anak juga merupakan suatu nikmat yang tidak dimiliki oleh semua orang.

Semoga artikel ini dapat menjadi peringatan kepada kita supaya sentiasa bersyukur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *