Macam Macam

Hari ni Alhamdulillah dapat settlekan semua yang nak buat termasuklah renew contract kiosk di KB Mall.

Overall happy sangat. Siapa tak happy bila ada anak perempuan gemuk. Serius happy. Ikutkan hati rasa taknak keluar rumah. Nak golek-golek je dengan Yaya.

Tapi menjelang petang rasa kurang happy sebab dapat beberapa laporan tentang pekerja yang bermasalah.

Ada yang cuti balik kampung tapi tipu kat attendace kononnya datang kerja full. Ada yang kononnya sibuk sangat tapi sebenarnya banyak mengular. Ada yang menjadi racun dan virus dalam organisasi.

Tak boleh ke kerja elok-elok. Kenapalah kena buat kerja macam ni. Dah menyusahkan bos kena fikir cara terbaik nak handle.

Nak pecatkah. Nak bagi peluangkah.

Ikut hati memang nak pecat. Tapi fikir jugak kesinambungan cerita lepas pecat. Tambah-tambah kalau melibatkan pekerja yang dah agak lama dan antara orang kuat dalam organisasi.

 

Jumaat ni ada interview untuk pekerja di Shah Alam dan Bangi. Nak tambahkan lagi pekerja. Dan nak pekerja yang berkualiti. Kali ni pun dah ubah struktur gaji dan juga waktu bekerja. Orang kata if you pay peanut, you get monkey. So kali ni mengamuk sikit sebab dah taknak monkey. Nak pekerja yang berkualiti dan boleh bekerja dalam jangkamasa panjang.

Mula-mula plan nak minta manager di Bangi untuk interview tapi sekarang ni rasa macam nak pergi interview sendiri je. Rasa macam lebih puas hati kalau dapat jumpa sendiri dan bagi ceramah sedikit sebanyak tentang customer service dan juga apa expectation saya.

Tengoklah macamana. Kalau tiket murah, mungkin saya dan Yaya je kot yang pergi.

Eh, lupa pulak ada expo pulak hari Jumaat & Sabtu ni.

Macamanakah kesudahan episod ini. Adakah Umi & Yaya akan ke Shah Alam @ sibuk dengan expo. Nantikan update seterusnya.. 🙂

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge