Lonely..

Hihihi.. Sibuk-sibuk pun rasa lonely.

Hari ni saya bertugas di Benang Hijau Umall sebab staf yang bertugas kat sini cuti hari ni. Suami dan Abang Iqbal bertugas di Benang Hijau Tesco Bukit Indah sebab kat situ belum ada staf.

Alhamdulillah seronok jumpa pelanggan. Seronok layan pelanggan. Seronok dapat duit. Seronok bila baju terjual. Banyak yang seronok. Tapi rasa lonely bila duduk sorang-sorang.

Tadi ada budak Tingkatan 4 datang minta kerja. Dengan penuh semangat, saya suruh dia start kerja hari ni jugak. Hahhaha…

Tapi dia cakap nak balik tanya mak dia dulu. Hahaha.. Okaylah dik. Tanya mak dulu ya. 🙂

Pagi tadi print rekod jualan harian, rekod jualan bulanan, rekod inventori dan rekod-rekod yang berkaitan untuk digunakan di setiap outlet.

Dah hampir setahun berniaga baru nak buat. Memang tak patut.

Tapi kan, benda-benda macam ni sebenarnya tak boleh pressure sangat. Buat je dulu. Pastu kita improve sikit-sikit. Kalau terus nak sempurna, memang tak jadi.

Sebelum ni memang ada buat tapi kat buku je. Pastu format agak berbeza di setiap outlet. Tapi kali ni bila dah ada format yang lebih baik dan tersusun, rasa happy sangat. Tak sabar nak ke KL untuk passkan pada staf-staf di sana.

Ilham-ilham nak tambah baik bisnes ni datangnya dari Allah. Jadi tak perlu terlalu stress. Buat setakat yang kita boleh dulu.

Tapi kalau kita selalu fikir macamana nak tambah baik, insyaAllah kita akan dapat ilham sebab minda separa sedar akan tolong fikir untuk kita.

Macam rekod yang saya buat ni, bangun pagi tadi rasa nak buat. Lepas tu terus buat, print, beli file dan passkan pada semua outlet.

Dah pukul 6 petang tapi masih belum makan tengahari lagi. Tak lalu makan bila sorang-sorang. 🙁

Hari ni tetiba dapat call daripada seorang makcik yang nak mencuba produk Herbalife. Alhamdulillah.. rezeki dari langit internet. Mungkin dia terbaca kat blog ni ataupun blog http://smartnutritionteam.com. InsyaAllah hari Isnin ni akan jumpa dia dan seorang kawan dia yang berminat untuk mencuba produk Herbalife.

Semalam dalam perjalanan balik dari Tesco Bukit Indah saya berbual dengan Abang Iqbal.

Saya : Abang, Abang rasa Umi ni sibuk sangat ke? Umi sebenarnya rasa bersalah dengan Abang.

Abang Iqbal : Eh, taklah Umi. Okay je. Lagipun setiap kali Umi pergi mana-mana, Umi kan beli hadiah.

 

Adoi.. okay ke macam ni sebenarnya?

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Berikanlah aku pekerja yang komited. Berikanlah aku supplier yang mudah berurusan. Berikanlah aku shipping agent yang boleh diharap. Berikanlah aku kelapangan masa untuk aku luangkan lebih banyak masa dengan anak-anakku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *