Lonely

Serious rasa lonely sangat kat Guangzhou ni sebab kali ni saya pergi sorang-sorang je.

Sampai je kat Guangzhou semalam, mata dah melilau cari orang Malaysia. Nampak dua orang. Saya pun tegur. Rupa-rupanya lecturer UPM. Nak pergi ke kawasan Utara negara China untuk karnival halal.

Lepas tu saya pun naiklah teksi sorang-sorang.

Ramai betul ulat di airport. Sibuk nak ajak kita naik teksi dia. Tapi saya buat tak tahu dan terus ke tempat teksi bermeter.

Ulat nak caj saya 380 yuan (RM190) padahal teksi baru je dalam 80-90 yuan untuk ke kawasan bandar Guangzhou.

Naik je teksi, test power cakap cina. Hahaha.. Maklumlah jarang giler praktis. Datang Guangzhou ni barulah ada can nak praktis.

Saya book Forest Hotel. First time duduk hotel ni. Saya pilih hotel ni sebab ada seorang kenalan akan datang ke Guangzhou esok dan dia akan menginap di hotel ni. Kiranya esok dah berteman la. Hihihi..

Rupa-rupanya hotel ni tak jauh dengan hotel yang pernah saya menginap sebelum ni. Tapi lain kali saya taknak duduk hotel ni lagi sebab hotel ni kat dalam bangunan pejabat dan takde lobby yang proper. Jadi susah sikit nak buat meeting dengan sesiapa.

Semalam lepas check in saya terus keluar dan pergi ke pusat borong pakaian wanita. Survey blouse dan shawl dan juga kedai barangan display.

Masa nak balik tu dah nak Maghrib dan teksi dah tak banyak. Masa tunggu teksi, Tut Tut berhenti dan ajak saya naik.

Tut tut ni motor yang dah diubah suai. Kalau petang-petang ni best jugak naik Tut tut sebab dia boleh jalan melawan arus. Dia ni ala-ala pejalan kaki jugak. Jadi kalau naik Tut tut tak la terperangkap dalam jem sebab dia akan lalu jalan yang terdekat.

Sampai hotel, chat dengan staf utk dapatkan report jualan di setiap outlet dan lepas tu saya tido. Dalam pukul 9 malam dah tido. Pertama kali dalam sejarah.

Pagi tadi bangun, chat dengan staf sikit, pastu gosok baju dan terus keluar. Mula-mula saya jalan kaki ke hotel yang saya menginap dulu sebab kat situ ada money changer.

Sebelum datang saya dah pergi ke Money Changer di Malaysia tapi kat situ katanya duit RMB dah habis. Jadi saya datang kali ni hanya membawa duit balance dari trip saya yang lepas. Cukup-cukup untuk tambang teksi sahaja.

Tapi rate yang dia bagi sangat rendah. Jauh lebih untung kalau saya withdraw dari ATM je. So saya tukar dalam RM1000 je tadi.

Lepas tu saya naik Metro (LRT) dan pergi ke kawasan borong kain.

Harap sangat dapat jumpa orang Melayu. Tapi langsung tak ada.

Sepanjang perjalanan saya sorang je Melayu.

Sepanjang hari saya pergi dari satu kedai ke kedai kain untuk mencari supplier yang menawarkan corak terkini, kain yang berkualiti dan harga terbaik.

Pukul 6.30 petang naik Metro untuk balik semula ke hotel. Sampai di hotel dah malam.

Sebenarnya ada juga tempat shopping di waktu malam. Tapi disebabkan saya sorang-sorang, saya tak pergi.

Kiranya waktu malam adalah waktu untuk saya berehat dan merancang aktiviti esok dan juga untuk buat budget dan merancang perbelanjaan esok.

Bila duduk sorang ni kan, teringat pada anak-anak.

InsyaAllah lepas ni nak organize bisnes betul-betul supaya tak perlu travel terlalu kerap.

Okay bye!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *