Lenanya Tidur Di Perantauan

Semalam lepas kena urut dengan pengurut tetap saya yang saya panggil Lily, terus saya terlena.

Sedap sangat kena urut dengan Lily. Hot stone massage lagi you. Yang bestnya, cuma bayar 30 ringgit je. Berbaloi-baloi!!!

Kalau kat rumah, susah sangat nak tidur awal. Ada je benda yang nak dibuat. Tapi bila di perantauan ni, memang saya akan tidur puas-puas.

Ada beberapa masalah untuk rombongan kali ni.

Pertama, hotel yang biasa saya tempah dah penuh jadi saya terpaksa bermalam di hotel yang berdekatan.

Yang bagusnya, hotel ni lebih selesa. Bagus sangat untuk peserta.

Yang tak bagusnya, harganya jauh lebih mahal. Tak bagus untuk penganjur. Hehehhe

Tapi takpelah.. rasa bersalah pulak nak tukarkan peserta ke hotel yang kurang selesa. Lagipun semua pun dah jadi kawan baru yang best.

Entah kenapa, nombor telefon Benang Hijau tak dapat roaming. Jadi tak dapatlah saya terima call @ msg dari para pelanggan yang dikasihi. Risau jugak.

Tapi saya cuma tenang, senyum dan kontrol macho.

InsyaAllah takde hal. Dua hari lagi je pun. Lepas ni bisnes kembali rancak seperti biasa.

p/s : Saya dah mula nampak kesan Vitamin C. Kulit sangat lembut. Jerawat mengecut. Dan parut jerawat pun makin hilang. Suka!!!! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *