Lemau & Duit Tak Keluar Dari ATM

Perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan keadaan ibu mengandung 7 bulan adalah LEMAU.

Rasa tak larat. Tak bertenaga. Lembik. Dan nak tido je sepanjang hari.

 

Tapi dalam LEMAU tu, semalam ada beberapa urusan berjaya settle. Termasuklah jalan-jalan survey kain kat sekitar bandar Kota Bharu.

Best jugak semalam. Alhamdulillah dah jumpa tempat dan juga beberapa produk yang mungkin akan jadi killer produk untuk Benang Hijau nanti.

Chewahh… kemain. 🙂

 

Hari ni pun dalam lemau, sempat pergi restock tudung bawal.

Sebelum pergi, suami singgah ATM Bank Islam berdekatan rumah untuk ambil duit dari akaun Maybank. Withdraw kali pertama, tak berjaya. Bila nak withdraw kali kedua, katanya baki tak cukup. Bila cek kat internet, rupanya duit dah potong dari akaun.

Adoi laaaa….

 

Pastu call la Maybank dan buat report. Katanya dalam 2-3 minggu barulah duit tu akan dimasukkan semula ke dalam akaun.

Mujurlah duit tu tak la urgent sangat. Tapi kalaulah terkena pada saat-saat genting, memang hangin jugak tadi.

 

Kalau boleh, withdraw duit di mesin ATM yang sama dengan bank kita. Kalau jadi masalah macam ni pun, sekejap je boleh dapat balik duit. Bila dah melibatkan bank lain, memang prosesnya makan masa.

 

Okay bye. Nak rehat dulu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *