Lemau

Tengahari tadi saya dan Ali keluar ke Jusco Taman U. Keluar sekejap dengan niat nak ambil shawl di outlet Benang Hijau untuk diposkan pada pelanggan online.

Pergi kejap sangat. Suami hantar sebelum dia pergi solat Jumaat dan kononnya nak lunch sama-sama lepas tu.

Tapi, baru je jalan sikit dah rasa tak larat sangat. Rasa macam nak pitam. Nasib baiklah Ali behave je. Mungkin sebab dia pun baru baik demam. Jadi taklah hyper sangat.

 

Lepas tu duduk berehat di kiosk sementara tunggu suami datang. Mujurlah dia datang cepat. Kalau lama lagi, mungkin dapat pengalaman pitam di Jusco.

 

Hari ni tak lalu nak makan tengahari. Balik rumah tidooooo.

 

Bangun pukul 6 lebih teringin nak makan nasi lemak. Pastu ajak suami keluar makan nasi lemak kukus kat area Jalan Pendidikan Taman Universiti.

Kat sini sambal nasi lemak dia sedap dan pilihan lauk pun banyak. Saya ambil lauk ayam goreng, telur goreng, sambal tempe dan sambal paru + kentang. Makan satu pinggan kongsi dua orang. Alhamdulillah.. 🙂

 

Kesimpulannya hari ni memang lemau. Banyak tido je. Semoga hari esok lebih baik.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *