Lelaki Yang Selalu Jawab Panggilan Saya..

Dalam kerjaya saya ni, saya selalu buat call.

Call prospek. Call klien. Call business partner.

Dan biasalah, pasti ada yang tak angkat telefon kan. Daripada 10 nombor yang saya call, kadangkala ada 2 orang je yang angkat.

Memang betul kebanyakannya akan call balik. Tapi bila asyik tak de orang angkat memang kita akan rasa down kan.

Jadi, bila benda ni berlaku saya akan call seorang lelaki yang selalu jawab panggilan saya.

Orangnya adalah suami saya! 🙂

Sibuk macamanapun, memang dia akan angkat. Kalau tak angkat tu maknanya dia memang ada hal. Dan bila dah nampak miss call saya, dia akan cepat-cepat call balik.

Alhamdulillah.. syukur sangat ada suami yang sangat menyokong saya.

20120317-000318.jpg

Thank you darling!

Tak sangka pertemuan di pusat tuisyen semasa Tingkatan 3 membawa kami ke alam rumahtangga. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *