Lamanya Tak Update Belog!!

Maaf kepada para pembaca budiman yang mungkin dah banyak kali singgah tapi takde update terkini.

Hihi.. ucapan bukan main ya.

Sibuk sungguh semenjak PRU ni. Sibuk berkempen. Sibuk balik mengundi.

Pukul 5.30 pagi tadi sampai di rumah yang manis.

Pukul 11 pergi kedai bayar gaji pekerja.

Pukul 1 singgah outlet Benang Hijau di Jusco Bukit Indah.

Pastu balik rumah untuk ambil produk Herbalife yang nak diposkan kepada seorang sahabat.

Dalam pada tu sibuk juga dengan panggilan dari klien unit trust yang nak tambah pelaburan. 🙂

Pukul 4 sibuk edit gambar kain-kain baru dan upload ke FB Benang Hijau.

Pukul 8 malam jumpa dengan management Jusco Taman Universiti untuk bayar deposit outlet Benang Hijau yang akan dibuka pada 15 Mei ini.

Pukul 9 malam jumpa dua orang bakal peserta trip borong ke Vietnam.

 

Serius sibuk sangat.

Dulu nak kaya. Nak berjaya. Rupa-rupanya kaya dan berjaya ni datang dengan sibuk jugak. Tapi saya tak mengeluh pun. Saya suka je. 🙂

Jom sama-sama sibuk!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *