Lalat

Hahaha.. Kemain kreatif tajuk uolssss…

Sebenarnya takde idea.

Pastu nak buat tajuk Hello je.

Tapi sebenarnya dah banyak kali sangat buat tajuk Hello.

So dok fikir apa benda significant nak share hari ni.

Pastu teringat tadi minum kopi kat kafe xxx ada lalat dalam tu.

Masa tu dah tinggal suku.

Tengah tengah nak menikmati whipped cream tetiba jumpa lalat.

Tapi takdelah marah pun.

Siapa yang nak jadi macam ni kan.

So saya pun pergi kaunter minta dorang replace.

Staff kafe xxx pun terkejut sebab macam tak logik.

Tapi dorang minta maaf dan cepat cepat buat baru.

Dan saya pun tak pasal pasal menggandakan kalori.

Hihihi…

So bila jadi camni kan.

Terfikir balik.

Sebenarnya bila kita berniaga dan bila kita buat silap dengan customer.

Takyahlah gelabah sangat.

Kebanyakan customer okay je.

Takdelah nak merempan.

Takdelah serik.

Takdelah nak viral.

Dia pun faham kita pun taknak benda tu terjadi.

Dan bila kita dah minta maaf, dan ganti yang elok, dia pun lagi suka dengan kita.

Dan insyaAllah akan terus support kita.

Gitulah.

 

 

Eh panjang pulak intro pasal tajuk.

Dah jadi satu entri pulak.

Hahahaha!!

So cane ni.

Patut stop sini ke cane.

Ke patut sambung lagi.

 

 

Disebabkan mood baik.

Mehlah nak sambung sikit.

Hari ni jumpa salah seorang owner butik yang agak otai.

Berniaga dah 8 9 tahun.

Dah ada beberapa butik dalam shopping mall.

Dia citer la kisah kawan dia.

Takde pun butik merata.

Ada satu butik je.

Tapi bulan puasa selalu join booth kat satu tempat ni dan akan amik dalam 10 booth camtu.

Dan collection dia boleh cecah RM90,000 satu hari!!!!!!!

Fuh hebat sungguh.

 

 

Bila dengar macam ni kan.

Rasa lebih yakin dengan keputusan kurangkan butik.

Takpelah takde butik merata pun.

Satu tempat je pun takpe.

Yang penting kualiti bagus, pilihan banyak.

InsyaAllah banyak je sale.

 

 

So tu jelah nak share malam ni.

Okay bye!

Nak sambung update database customer.

 

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge