Lalalalala.. I Miss You More Than You Know..

Hello future self,

Minggu ni sangat hectic dan masa dirasakan berjalan sangat pantas.

Ahad – Launching butik baru Shah Alam

Isnin – Shopping barang-barang hiasan untuk butik

Selasa – Jumpa dengan orang Karangkraf untuk bincang pasal iklan. Pastu pergi ke studio photographer yang selama ni selalu deal melalui Whatsapp je. 🙂

Rabu – Pukul 3 pagi keluar ke airport untuk menaiki penerbangan pertama ke Guangzhou pada pukul 5.30 pagi. Hari pertama di Guangzhou survey bahagian aksesori wanita.

Khamis – Pergi ke pusat borong pakaian kanak-kanak, pusat borong mainan dan juga pusat borong barang elektronik.

Jumaat – Pergi ke pusat borong beg, pusat borong pakaian wanita dan pusat borong cenderamata.

Sabtu – Borong kain di pusat borong kain. Naik flight balik ke Malaysia pada pukul 8.50 malam dan mendarat sekitar pukul 1 pagi. Malam tu lepak di airport je.

Ahad – Pukul 6 pagi check in dan naik flight ke KB pukul 7.55 pagi. Pukul 10 pagi sampai di rumah yang manis. Seharian buat kerja sambil baring sebab rasa sakit satu badan.

Isnin – Separuh hari dihabiskan dengan buat kerja sambil baring jugak. Separuh hari lagi barulah buat urusan di luar.

 

Serius rasa macam cepat sangat masa berjalan.

Jadual esok (Selasa) – Nak jumpa org Poslaju. Nak jumpa Company Secretary. Meeting dengan leaders. Meeting dengan staf. Persiapan Expo di KTC

 

Jumaat – Expo di KTC

Sabtu – Expo di KTC

 

Dalam kesibukan tadi terima call dari staf UMK berkenaan program DBA. InsyaAllah akan mendaftar dalam dua minggu lagi.

Memang excited. Memang gembira. Memang tak sabar nak belajar dan berkawan dengan kawan baru.

Tapi… macamana dengan Yaya???????

 

One comment

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge