Kurang Sihat & Terlebih Sibuk

Semenjak kebelakangan ni, memang susah nak tidur.

Sakit belakang, sakit peha, sakit punggung dan segala macam rasa tak selesa menyebabkan saya susah nak tidur.

Selalu tidur dalam pukul 2-3 pagi. Dan lepas tu nanti akan terjaga dalam pukul 4@5 pagi dan lepas tu cuma boleh tidur semula lepas pukul 7 pagi.

 

Pukul 8.30 pagi production team dah datang. Jadi tak sedap hati jugak nak terus tidur. So kadang-kadang gagahkan diri jugak untuk bangun dan bagi arahan produk mana yang perlu dibuat dulu berdasarkan order pelanggan.

Kalau tak larat sangat, saya cuma Whatsapp pada staf sahaja.

 

Kadang-kadang dari pagi saya sibuk dengan msg, Whatsapp, call. deal dengan supplier, dengan staf, dengan management shopping mall dan pelbagai lagi sehinggalah hampir tengahari tanpa sesuap nasi. Serius sibuk sangat.

 

Sekarang ni dari segi fizikal memang lemah sangat. Banyak benda yang dah tak larat nak buat. Mujurlah kerja saya ni lebih kepada planning dan juga menggunakan handphone sahaja. Jadi sambil baring pun masih boleh bekerja.

 

Kurang 3 minggu lagi nak bersalin. Dari segi fizikal, memang rasa tak sabar sangat.

 

Dalam minggu ni saya dan production team sangat sibuk menguruskan order tudung ruffle @ bawal ruffle. Alhamdulillah setiap hari ramai sangat yang order sehinggakan hampir setiap hari saya restock kain bawal dari supplier. Alhamdulillah supplier dekat. Tu pun saya tetap standby stock yang banyak jugak untuk menampung permintaan tinggi dari pelanggan.

 

Dari minggu lepas saya dah warwarkan akan release koleksi terbaru Shawl Nadeera pada 18 April iaitu hari ni.

Masa tu belum sibuk dengan tudung ruffle. So kononnya nak release secepat mungkin bila kain sampai.

Tapi dalam keadaan sekarang, rasa risau pulak membayangkan kesibukan selepas dah release koleksi baru shawl ni. Kali ni ada dalam 27 design yang bercorak dan lebih 70 warna plain.

 

Okay bye. Doakan semuanya berjalan lancar ya! 🙂

 

 

 

One thought on “Kurang Sihat & Terlebih Sibuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *