Kurang Sihat & Kurang Laju

Hari Jumaat petang pegi ke KL.

Malam tu amik Saphira di LCCT. Lepas tu bermalam di kedai Benang Hijau Seri Kembangan.

Bangun pagi tu tekak rasa perit sangat. Mungkin sebab banyak debu kat kedai.

Gagahkan diri jugak untuk pergi berjumpa Chef Joe. Balik petang tu tertidur keletihan dan rasa tak larat sangat.

Pastu Ali pulak muntah-muntah.

Jadi petang tu kami kemas-kemas dan malam tu terus bertolak balik ke JB.

Frust jugak sebab tak dapat attend meeting dengan SMART Partners di Public Mutual Shah Alam. Tapi serius tak larat.

Hari ni mula selsema dan badan rasa sakit-sakit.

Malam ni kononnya nak upload gambar kain-kain baru tapi internet pulak sangat lembap.

Kiranya weekend ni sangatlah tak produktif.

Apapun bersyukur sangat Saphira dah datang dan boleh tolong uruskan anak-anak. Kalau dah sihat, esok plan nak keluar berjumpa klien Public Mutual. Nak pulun buat sales banyak-banyak dari sekarang hingga April.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *