Kulit Lebih Lembut..

Chewahhhh… 🙂

Beberapa hari lepas saya beli Vitamin C di GNC. Beli sebab terpengaruh dengan seorang kenalan yang dengarnya (dengar pun dah terpengaruh, hebat tak? hehhee… ) dah makin putih berseri.

Baru 3 hari makan, tapi serius saya rasa kulit saya semakin lembut.

Sebelum ni memang tak pernah ambil sebarang supplement. Tapi sekarang ni bila dah makan Vitamin C, Pine Bark, Omega 3 dan Shake Herbalife tak tahulah supplement mana yang bagi kesan sebegini.

Mungkin juga shake Herbalife + Omega 3 yang saya dah minum sejak 2 minggu lepas. 🙂

Memang semenjak berdiet ni, semangat nak mencantikkan diri sendiri semakin bertambah-tambah.

Sejak 3 hari lepas, saya kembali bersenam dengan video The Last Chance Workout bersama Jillian Michaels. Serius sakit badan. Rasa macam kenapalah aku menyeksa diri sendiri. Tapi suami cakap, teruskan je buat. Kalau tak buat, tu barulah menyeksa diri sendiri.

Workout setengah jam sahaja. Tapi sakit sepanjang hari.

Ya Allah, kuatkanlah semangat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *