Komitmen

Sebelum ni saya manage sendiri akaun syarikat. Dan saya sebagai seorang yang huru hara ni memang tak de pun tulis senarai komitmen bulanan.

Sampai masa perlu bayar sewa, saya bayar. Sampai masa perlu bayar gaji, saya bayar. Ada duit lebih, beli kain. Ada duit lebih lagi, bukak butik baru. πŸ™‚

Minggu lepas pegawai akaun start kerja. Mula-mula kena bagitahu dia komitmen bulanan. Β Bila dah bagitahu dia tu kan, tetiba rasa risau. Baru sedar diri bahawa komitmen bulanan sangat banyakkkkkk.

Hujung bulan dan awal bulan paling banyak perlukan duit untuk sewa dan juga gaji.

 

Bila dah sedar diri, tetiba takut nak order kain.

Kalau ikutkan dah sampai masa order kain baru supaya production boleh berjalan lancar. Tapi disebabkan takut sangat, proses order kain tergendala sebentar. πŸ™‚

 

Sekarang ni Alhamdulillah bisnes bertambah baik. Setiap hari ada konsisten sales samada di butik mahupun online.

Sekarang pun dah banyak delegate kerja pada staf dan insyaAllah semua operasi harian boleh berjalan lancar tanpa saya.

 

Saya cuma fikirkan design baru, order material dan seterusnya minta Production Team siapkan.

Setiap hari taklah terlalu rushing. Ada je masa untuk golek-golek dengan baby manja. Pastu dalam pukul 10 @ 11 pagi barulah keluar rumah.

Pastu pergi butik @ kilang jika perlu, lunch dan petang sikit amik anak-anak dari sekolah.

Alhamdulillah..

 

Okay bye. Nak tido dulu. Sampai jumpa lagi! πŸ™‚

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge