Kita Merancang, Tapi Perancangan Tuhan Lebih Baik

Sebagai salah seorang UTC Public Mutual yang cemerlang (chewahhhhh), minggu depan saya dan suami akan dihantar bercuti ke Bangkok selama 4 hari 3 malam.

Pergi Bangkok Isnin pagi. Tapi hari Jumaat dah kena pergi KL sebab Sabtu ada Convention dan Ahad malam ada Annual Awards Night.

Company sponsor tiket semua termasuklah tiket kapalterbang ke KL dan juga selepas balik dari Bangkok.

Tapi….. sebagai seorang usahawan kain, saya pun ada banyak urusan lain dan tak boleh ikut jadual perjalanan yang dah ditetapkan.

Sebabnya.. hari ni dan esok ada kain baru, baju kurung baru, blouse baru dan shawl baru akan sampai.

Jadi saya pun tukar plan.

Kononnya saya akan drive ke KL esok petang. Hantar sebahagian barang ke outlet. Pastu check in di Hotel Sunway.

Sabtu siang pergi Convention. Sabtu malam drive balik ke JB. Pastu pagi Ahad naik flight ke KL.

Jadi saya pun minta travel agency postpone tiket flight saya ke pagi Ahad. Dan saya pun kena bayar kos tambahan sebanyak RM100.

Alih-alih….

Barang tak sampai-sampai sebab sangkut di tempat kastam selama beberapa hari. Barang dijangka sampai di JB pada hari Sabtu.

Jadi saya terpaksa tukar plan dan minta shipping agent hantarkan kepada outlet Seri Kembangan pada malam ini sebab dah janji nak poskan kepada pelanggan selewat-lewatnya esok.

Dan sekarang saya confuse kejap. Kena fikir balik macamana. Kena rancang masa betul-betul supaya sempat sampai di JB sekitar pukul 8 malam pada hari Sabtu. Kena agihkan barang di outlet-outlet di JB malam tu jugak sebab pada hari Ahad saya akan menaiki flight ke KL pada pukul 6.55 pagi.

Okay sekian laporan saya untuk hari ini.

Untuk sahabat yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan saya, terima kasih sangat. Saya doakan anda juga berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Walau sukar macamanapun, insyaAllah ada jalannya… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *