Kita Memang Boleh Dapat Apa Yang Kita Nak..

Dua hari lepas saya menghadiri seminar Mengetahui Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi (MKFAI) oleh Prof. Dr. Haji Shahrin Bin Abd. Rahman.

Alhamdulillah, banyak ilmu dan amalan baru yang saya belajar melalui seminar ini. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang seminar ni, boleh rujuk di sini… http://www.seminar2u.net/

Sepanjang perjalanan balik saya mula terfikir untuk menyertai usrah secara tetap untuk menambahkan ilmu dan menjadi muslimah yang lebih baik.

Alkisahnya semalam salah seorang business partner saya datang ke rumah untuk ambil namecard. Semasa berbual-bual dengannya dia menyatakan bahawa sekarang dia mengikuti usrah pada setiap malam Isnin tak jauh dari area rumah saya.

Baru je berhajat, Allah terus lorongkan jalan. Alhamdulillah..

InsyaAllah saya akan join usrah bermula minggu depan. 🙂

Kepada pembaca semua, inilah yang dipanggil The Law of Attraction. Kita memang boleh dapat apa yang kita nak. Sebab tu kita kena selalu fikir benda yang positif dan baik-baik selalu.

 

One thought on “Kita Memang Boleh Dapat Apa Yang Kita Nak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *