Kisah Sedih Bibik & Pasangan Yang Tinggal Berjauhan

Pagi ni sembang-sembang dengan bibik. Tanya pasal anak-anak dia. Dia pun semangat bercerita.

Bibik ni dah bercerai dengan suami sebab suami dia ada hubungan dengan kawan dia sendiri yang merupakan seorang janda.

Bila dia dah tahu, dia terus mengamuk dan bercerai.

Lepas tu dia datang kerja ke Malaysia. Masa mula-mula datang, anak dia masih menyusu. Jadi, bila sampai di Malaysia, tetek dia bengkak sangat.

Masa ni dia dah nangis-nangis. Saya dengar pun rasa kesian sangat.

 

Sememangnya wanita ni memang istimewa. Dalam tempoh mengandung, bersalin dan menyusukan anak, wanita akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan juga perubahan dalaman.

 

Saya memang kesian dengar cerita-cerita macam ni. Kalau dengar kisah ibu mengandung yang tinggal berjauhan dengan suami pun dah rasa kesian sangat. Apatah lagi yang terus menerus tinggal berjauhan sampai anak dah besar.

 

Yang selalu saya nampak adalah orang yang bekerja kerajaan seperti cikgu. Kesian sangat bila bertahun-tahun terpisah dengan keluarga dan hanya berjumpa semasa cuti sekolah.

 

Macamanalah cikgu cikgu ni nak bagi didikan yang terbaik pada murid kalau kebajikan mereka sendiri terabai. Agaknya makin lama mereka pun makin tertekan dan tak dapat melaksanakan tugas dengan bersemangat.

 

Kepada pegawai di bahagaian penempatan guru, tolonglah prihatin sikit. Berapa ramai guru yang bercerai berai disebabkan masalah ini. Berapa ramai anak guru yang mengalami masalah sosial disebabkan tidak cukup kasih sayang dan tiada pemantauan dari bapa yang bertugas di luar kawasan.

 

Saya memang prihatin sangat dengan isu ni.

 

Kepada cikgu @ sesiapa sahaja yang ada masalah ni, cubalah cuti tanpa gaji. Mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Jangan bergantung sepenuhnya pada gaji anda. Sampai bila anda nak terus berjauhan dari keluarga. Jangan harapkan orang lain. Hanya anda yang mampu merubah hidup anda.

 

Dalam keadaan hidup berjauhan, jangan la pulak nak tambahkan beban kewangan. Beli kereta besar. Beli rumah besar. Beli barang-barang mewah. Kononnya nak tunjuk bahawa dia mampu. Tapi balik rumah dua kali je setahun. Kesian sangat..

Daripada berbelanja mewah untuk impress orang yang tak penting, lebih baik kurangkan perbelanjaan dan cari alternatif macamana nak kembali hidup bersama keluarga tercinta.

 

Sekadar pandangan peribadi daripada wanita mengandung yang sedang emo.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *