Kisah Orang Berniaga

Bersiaran dari Tesco Bukit Indah.

Tadi jumpa seorang kenalan. Kak Zea yang dah berniaga baju sejak tahun 2004. Sebelum ni akak ni pun banyak outlet. Ada 3 outlet di Tesco di sekitar Johor. Tapi sekarang dia dah tutup dua outlet dan tinggal satu sahaja iaitu di Tesco Kulai.

Entah kenapa, saya nampak bisnes di Tesco tak terlalu menjadi. Banyak kedai yang tutup. Dan tempat parking pun tak pernah penuh.

Memang setiap kali datang, saya boleh je parking berdekatan kedai saya.

Kat Jusco pulak, parking penuh memanjang dan nak dapat kedai pun susah.

Antara faktor yang saya nampak adalah kerana di Jusco banyak restoran yang popular. Jadi orang akan datang untuk makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Kat Tesco pulak tak ada restoran popular. Ada food court je. Jadi jumlah pengunjung pun tak terlalu ramai.

Tapi saya suka dengan kedai saya di Tesco ni. Nak parking senang. Kedainya pun besar. Management pun tak terlalu strict. Dan pelanggan pun makin bertambah dari hari ke hari.

Kalau ikutkan sales sekarang tak terlalu meletop. Tapi sejak dua minggu lepas sales semakin okay. Dan kadangkala lebih okay daripada sales di Jusco.

Yang jadi masalah adalah dari segi pekerja. Bukit Indah ni kawasan baru dan agak susah untuk cari pekerja kat sini.

Target nak ada 3 orang staf untuk kawasan Bukit Indah. Sekarang baru ada 2 orang. Dan bila salah seorang cuti, saya terpaksa minta staf di kedai lain untuk ganti. Dan adakalanya saya sendiri nak kena ganti. Jadi agak penat sikit.

Okay bye. Nak balik dulu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *