Kisah Lelaki Kurang Kasih Sayang..

Saya baru selesai membaca sebuah artikel yang sangat menarik oleh Ustaz Hasrizal Jamil bertajuk Mencari Kunci Yang Hilang.

Antara kisah menarik dalam artikel tersebut..

“Hmm, ke mana pulalah hilangnya kunci aku ini?” Nasrettin Hoca mengeluh.

Puas dicari tetapi tidak ketemu.

“Mana mungkin aku menemuinya. Rumah ini sangat gelap!” beliau bermonolog.

Nasrettin Hoca ke luar rumah. Terbongkok-bongkok beliau mencari. Terus mencari.

Dalam suasana yang serba meletihkan itu, Nasrettin Hoca ditegur oleh seorang jirannya.

“Apa yang tuan cari itu?” tanya beliau.

“Aku mencari kunciku yang hilang!’ jawab Nasrettin Hoca.

“Boleh aku bantu?” tanya si jiran yang baik hati.

“Ayuh!” beliau bersetuju.

Si jiran tadi turut sama berusaha mencari kunci yang hilang. Terbongkok-bongkok menguis rumput dan kerikil di halaman. Setelah lama berusaha, terlintas di hati jiran bertanya, ” di mana tuan kehilangan kunci itu?”

“Aku kehilangannya di dalam rumah!” jawab Nasrettin Hoca.

Si jiran kaget. Ada sesuatu yang tidak kena.

“Kalau hilang di dalam rumah, mengapa tuan mencarinya di luar rumah?” tanya si jiran yang kehairanan.

“Oh, itulah masalahnya. Di dalam rumah saya keadaannya terlalu gelap. Sebab itu saya mencarinya di luar rumah” balas Nasrettin Hoca, penuh yakin.

Bila saya baca kisah ni saya teringat pada beberapa orang lelaki kurang kasih sayang yang saya kenal.

20120308-080213.jpg

Kenapa saya kata mereka kurang kasih sayang?

Sebab mereka sudah beristeri tetapi sibuk ingin menggatal dengan perempuan lain.

Bila free je, sibuk nak hantar sms atau call perempuan lain.

Bila nampak je perempuan lain online, sibuk nak minta perhatian walaupun tak ada urusan penting.

Allah jadikan suami/isteri kita sebagai peneman hidup kita yang terbaik.

Kalau ada masalah dengan isteri, selesaikan. Kalau rasa isteri kurang dari sesuatu segi, fokus pada kelebihan isteri dari segi yang lain.

Kalau dulu boleh jatuh cinta dan kahwin dengan isteri, kenapa sekarang rasa isteri dah tak best?

Hargailah isteri yang banyak berkorban untuk keluarga.

Kasihanilah isteri yang sama-sama bekerja untuk tingkatkan ekonomi keluarga.

Yang tak suka diganggu oleh lelaki kurang kasih sayang,
Fadzilah Mamat
8 Mac 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *