Kisah Hari Jumaat Lepas Sebelum Ke Medan

Plan asal nak bertolak ke KL lebih awal. Tetapi owner pejabat yang saya sewa untuk buat group meeting minta kunci pejabat. Jadi saya berjumpa dengannya dalam pukul 7.30 dan seterusnya bertolak ke KL sekitar pukul 8.

Dalam pukul 11.30 sampai di Seri Kembangan. Saya terus ke Jusco Equine Park untuk berjumpa business coachee saya sambil menunggu kedatangan prospek yang berminat untuk menjadi sebahagian ahli kumpulan saya di dalam Public Mutual.

Present punya present dengan penuh bersemangat…. Alhamdulillah sang jejaka sangat berminat dan terus isi borang pendaftaran.

Padahal kalau ikutkan badan penat sangat sebab semalam saya tidur sekitar pukul 3 pagi dan bangun pukul 6 pagi. Dalam perjalanan pulak, saya tak tergamak nak tidur kerana kesiankan suami memandu sorang-sorang.

Lepas habis present, coachee saya meminta bantuan saya untuk membuat business page dan juga blog. Sesi kitorang habis sekitar pukul 2.30 petang. Saya dah macam ultraman yang nak kehabisan tenaga. Serius penat bercakap dengan penuh bersemangat.

Lepas tu saya singgah di kedai sekejap untuk berjumpa staf Benang Hijau yang sangat komited iaitu Cik Hasni.

Bersyukur sangat dapat staf macam Cik Hasni. Kepada rakan-rakan usahawan, jangan takut nak cari pekerja.

Memang banyak kisah-kisah pekerja yang malas, tak baik dan tak amanah. Tapi sebenarnya ramai sangat yang rajin, baik dan amanah.

Kalau kita tak cuba, sampai bila-bila pun kita takkan dapat pekerja yang baik dan boleh diharapkan dan seterusnya bisnes kita tidak dapat berkembang maju.

One thought on “Kisah Hari Jumaat Lepas Sebelum Ke Medan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *