Kisah Billionaire Wanita China, Wu Ying, 30 Tahun Yang Dikenakan Hukuman Bunuh

Sementara membuat urusan memperbaharui passport petang tadi, saya sempat membaca surat khabar The Star. Ada satu artikel tentang seorang billionaire wanita dari negara China, iaitu Wu Ying yang akan dikenakan hukuman tembak sampai mati.

So, malam ni saya pun dapatkan maklumat lanjut tentang kes Wu Ying ni.

Mula-mula saya baca tentang background beliau di sini. Kagum sangat dengan kejayaannya yang bermula dari bawah sebagai seorang anak petani. Dia dilahirkan pada tahun 1981. Sebelum memulakan perniagaan sendiri pada tahun 1999, dia pernah bekerja di salun kecantikan milik makciknya.

Pada tahun 2006, ketika berusia 25 tahun, dia merupakan wanita ke-6 terkaya di China dengan jumlah kekayaan sebanyak 3.6 billion yuan (US$ 567 juta).

Hebat kan?

Dia ditahan pada tahun 2007 kerana dituduh membuat penipuan selepas polis menerima aduan daripada beberapa orang mangsa. Tuduhan utama yang dihadapi adalah mengutip deposit haram sebanyak 770 juta yuan dengan menjanjikan pulangan yang tinggi.

Peguamnya pula menyatakan bahawa dia hanya meminjam wang daripada 11 orang sahabat dan ahli keluarganya dan melaburkan wang tersebut dalam bisnes yang menguntungkan.

Wu Ying ketika di mahkamah semasa perbicaraan

Selepas perbicaraan, pada December 2009 mahkamah mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman tembak sampai mati. Dia telah memfailkan rayuan. Malangnya pada 18 Januari 2012 sekali lagi mahkamah memutuskan dia bersalah.

Hukuman bunuh terhadapnya sekarang sedang menunggu keputusan muktamad daripada Mahkamah Tinggi China seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang negara China.

Menurut portal  ChinaMedia.com, hukuman bunuh terhadapnya telah menimbulkan public uproar @ perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat negara China.

Ada juga pihak yang beranggapan bahawa hukum bunuh itu dibuat bagi menutup kes rasuah di antara dia dan pegawai atasan yang mungkin berurusniaga dengan dia.

Maklumlah, kalau kat negara China, kes rasuah boleh dikenakan hukum bunuh. Jadi, mungkin ada pihak yang cuba menutup mulut dia daripada mendedahkan sesuatu.

Apa kesimpulan dari cerita panjang lebar tentang Wu Ying ni?

Pertama: Kalau dia sebagai anak petani yang susah pun boleh jadi billionaire pada umur 25 tahun, tak mustahil kita pun boleh.

Kedua: Bila dah berjaya, jangan buat hal. Jangan sesekali langgar peraturan. Jangan sesekali rosakkan kepercayaan orang.

Ketiga: Kalau Allah nak bagi, sekejap je kita boleh jadi berjaya dan kaya raya. Dan kalau Allah nak tarik, sekejap jugak kita boleh jatuh miskin atau dikenakan tindakan undang-undang macam ni.

Jadi, sentiasa beringat. Jangan sombong sangat. Semua kejayaan kita adalah disebabkan pertolongan dan rahmat Allah.

Masa kita di atas, ingatlah orang di bawah. InsyaAllah dengan doa orang di bawah, kita akan terus kekal di atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *