Khatam Dua Blog & Lepas Tu Rasa Emo

Malam ni memang hebat. Semalaman tak boleh tidur. Mungkin sebab dah terlampau banyak tidur siang tadi.

Mula-mula khatamkan blog asmanasa.com. Pastu khatamkan blog kakak dia http://www.love-to-dress.com/blog/.

 

Bagus sangat dua beradik ni. Blogging sambil berdakwah tentang Islam.

 

Blog Asma banyak tunjukkan gambar-gambar kek yang pelanggan dia tempah. Ya Allah comel sangat. Serius berbakat sangat Asma dan mak dia.

 

Blog Suma pulak banyak bercerita pasal perjalanan dia untuk jadi muslimah yang lebih baik dan juga pasal bisnes pakaian dia dengan jenama Love To Dress.

 

Suma lebih open berbanding Asma. Suma pun ada ceritakan pasal latar belakang dia yang berasal dari keluarga yang sangat mewah tapi sekarang dia sekeluarga cuba untuk melangsaikan hutang perniagaan arwah bapa bernilai lebih kurang 4.6 juta.

 

Yang saya kagum, dia langsung tak memburuk-burukkan arwah bapa dia dan hanya bercerita yang baik-baik sahaja tentang arwah which is arwah rajin bekerja dan arwah suka buat anak-anak gembira.

 

Suka sangat dengan attitude dan cara Suma berfikir.

 

Berbeza dengan segelintir orang terdekat dengan saya yang tidak habis-habis mencari dan mengungkit kesalahan ayah mereka.

 

Tak puas hati sebab dilahirkan dalam keluarga miskin. Tak puas hati sebab ayah banyak hutang. Tak puas hati sebab merasakan bahawa ayah tak bertanggungjawab. Tak puas hati. Tak puas hati. Tak puas hati.

 

Sedih dengan orang yang bersikap macam ni.

 

Walau siapapun ibubapa kita, teruk macamana sekalipun, cubalah pandang kebaikan dia pada kita. Takkanlah tak ada langsung. Kalau kita boleh membesar dengan sihat dan boleh belajar tinggi-tinggi, takkanlah ibubapa kita langsung takde sumbangan dalam hidup kita.

Kalau memang dia teruk sangat, mungkin kita pun dah mati kena dera @ mati kebulur. *Maaf ayat kasar sikit sebab saya memang emo bab ni*

Walau kita rasa mereka teruk macamana sekalipun, hormatilah mereka selagi mereka masih ada.

 

Ada yang tak puas hati sebab ayah dia tak dapat tampung pengajian dia ke peringkat yang lebih tinggi. Dia rasa ayah dia tak bertanggung jawab.

Pada saya, orang yang fikir macam ni, sebenarnya dia yang tak ambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup dia.

 

Adik-adik, kalau keputusan SPM awak cemerlang sangat, awak pasti dapat tajaan untuk belajar dalam bidang yang awak minat. Dan kalau keputusan awak kurang cemerlang dan awak tak dapat tajaan, itu bukan salah ayah awak. Itu salah awak!

 

Kebanyakan anak orang kaya yang saya kenal pun dapat belajar di tempat yang bagus dan dapat biasiswa atas kelayakan mereka, berdasarkan usaha keras mereka belajar bersungguh-sungguh. Walaupun keluarga mampu, tapi mereka pun cuba sedaya upaya untuk tidak menyusahkan keluarga.

 

Kalau nak bandingkan hidup kita dengan orang yang lebih kaya, memanglah kita akan selalu rasa tak puas hati. Tapi cubalah bandingkan diri kita dengan orang yang lebih miskin. Orang yatim piatu. Dari kecik tak tahu asal usul. Tak ada adik beradik.

 

Kepada para pembaca, jika anda boleh membaca blog ini, ini bermakna anda dah cukup educated dan dah wajib bertanggungjawab atas hidup anda sendiri.

 

Jika anda masih ingin orang lain bertanggungjawab ke atas hidup anda, memang selama-lamanya anda tidak akan berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *