Kesian Dengan Orang Yang Kerja Jauh

Saya ada seorang kenalan. Saya kenal dia pada tahun 2007 semasa saya baru sahaja menjadi ejen unit trust. Masa tu dia jaga booth Grolier. Dan saya jaga booth Public Mutual.

Kali pertama kenal, terus boleh masuk. Salah satu sebab adalah kerana dia orang Terengganu. 🙂

Dia melabur dengan saya. Dan saya pun ada beli buku Grolier dari dia.

Dari tahun 2007 – 2013 (6 tahun), kami selalu jugak berhubungan. Dalam tempoh ni, dia dah beberapa kali bertukar kerja.

Tadi saya tiba-tiba teringat kat dia. Dan saya call untuk bertanya khabar.

Rupa-rupanya sekarang ni dia dah ada 3 orang anak yang berusia 4 tahun, 2 tahun dan setahun.

Yang sedihnya sekarang dia bekerja di KL dan suami bekerja di JB. Jadi anak-anak bersama dia di KL. Dan dua kali sebulan dia balik ke JB.

Serius rasa sedih dan kesian.

Saya yang ada anak-anak dah agak besar pun rasa penat bila handle anak sorang-sorang.

Saya pun ada offer kat dia untuk menjadi pengurus Benang Hijau. Jadi bolehlah dia terus tinggal di JB bersama suami. Tapi tak tahulah. Esok kami nak jumpa untuk bincang lebih lanjut. Harap-harap saya boleh bantu dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *