Kerutuk Ayam

Siang tadi agak sibuk. Pergi ke semua outlet di JB kecuali Tesco dan Senai Airport untuk hantar stok baru Shawl Nadeera (Shawl halfmoon dengan kain chiffon georgette berkualiti tinggi).

Bermula dengan Umall -> Jusco Bukit Indah -> Jusco Permas -> Jusco Taman Universiti.

Di Jusco Bukit Indah sempat interview sorang pekerja baru dan juga sempat berhubung dengan HQ Jusco untuk bertanya tentang lot kedai kosong.

Seperti biasa, kena hantar proposal. Kalau ikutkan proposal memang dah ada sebab masa nak bukak kiosk pun kena hantar proposal. Tapi since nak apply untuk sewa kedai, jadi plan nak tambah baik proposal sedia ada. 🙂

Kalau dapat, memang ini akan jadi outlet dengan sewa termahal. Tapi takpelah cuba je apply dulu. Kalau dapat, baru kita fikir mana nak cari duit. Hihihi…

 

Dalam perjalanan balik dari Jusco Permas, ajak suami singgah di KIP Mart Tampoi. Saja nak jalan-jalan tengok apa yang ada di KIP Mart Tampoi.

Mula-mula tak plan nak masak sebab suami dah berangan nak makan Nasi Dagang di bazar. Tapi tetiba saya nampak sebungkus roti. Dan tetiba rasa nak makan roti cicah Kerutuk Ayam.

Sampai rumah dah dekat pukul 6 dan saya terus masuk dapur.

 

Kerutuk ni sedap kalau dimasak lama. Lagi sedap kalau ayam tu hampir tinggal tulang. Jadi saya pun guna api perlahan dan hanya tutup dekat-dekat dengan waktu berbuka.

 

Alhamdulillah anak-anak suka sangat. Dah makan dengan roti, makan dengan nasi pulak. Sekarang dok fikir nak masak apa esok. Hahhaa.. over tak?

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *