Kerja Susah vs Kerja Senang

Minggu lepas ada dua orang staf baru.

Diorang ni ada Diploma. So saya minta diorang jadi admin.

Tak susah pun kerjanya. Jawab PM. Pastu proses order orang.

Serius tak susah sebab memang saya pun dah buat template jawapan. Yelah pelanggan kan selalu tanya soalan sama je.

Macamana nak beli. Berapa harga. Kain apa. Bila boleh dapat. Memang senang sangatlah.

 

Yang geramnya, diorang ni jenis yang buat kerja hentam keromo. Tak cek kod betul-betul. Tak cek alamat betul-betul. Dan tak ikut flow yang sepatutnya.

Hura hara jugaklah jadinya sebab ada beberapa pelanggan yang silap terima order.

 

Dua tiga hari jugak saya sabarrrr je. Last-last salah seorang cakap dia rasa dia taknak kerja ni dan dia nak kerja melipat kain.

Yang sorang lagi pulak saya tanya dia nak kerja bahagian mana dan katanya nak kerja bahagian potong kain.

 

Okay, no problem. So tukarlah department.

 

Tapi sebenarnya saya kesian kat diorang ni. Kalaulah akan datang nak kerja di tempat lain, takkanlah nak cakap saya ada pengalaman melipat kain. Tak mencabar langsung kan.

Tapi kalau ada pengalaman berurusan dengan pelanggan, menguruskan tempahan, menguruskan stok dan sebagainya, pasti lebih baik.

 

Dah beberapa orang jugak jenis yang macam ni. Kononnya nak cari kerja yang dekat dengan rumah. Pastu nak kerja yang senang. Yang relax. Yang tak pressure.

Suka hati kaulah labu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *