Kenapa Sibuk Nak Buat Review?

Inilah soalan yang ditanya oleh suami saya semasa saya sibuk buat tempat makan yang saya pergi dan sebagainya.

Jawapan saya, “Saya nak tolong orang yang mencari maklumat. Sambil-sambil tu nak tambahkan bilangan pengunjung ke blog saya. Manalah tahu dari sini boleh dapat kawan baru, business partner baru ataupun bertemu kembali dengan kenalan lama.”

Yang bestnya semalam semasa kami di KL dan mencari tempat makan, suami pula yang sibuk minta saya survey tempat makan yang best melalui internet.

Lepas tu dia cakap, “Bagus jugak awak buat review-review ni kan. Mesti ada orang yang nak cari tempat-tempat makan sedap yang berdekatan. Awak buat la selalu.”

Alhamdulillah.. bila Cik Abang dah bagi green light, makin bersemangatlah saya nak buat review lepas ni.

Memandangkan saya menetap di Skudai, Johor jadi review tu kebanyakannya untuk tempat-tempat yang best di Johor la kan.

Jadi kepada rakan-rakan pengunjung blog ini, jemput singgah blog ni selalu. Tapi jangan salahkan saya kalau anda terpengaruh ya. Saya ni memang ada ilmu mempengaruhi orang. 🙂

Kepada yang nak minta saya review bisnes anda, boleh hubungi saya ya.

 

Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.