Kenapa Saya Tak Sesuai Jadi Ahli Politik..

Chewahhhh….

Entri ni kan macam nak tolak pencalonan je. 🙂

Serius saya minat dengan politik. Bukan sebab minat nak glamer atau nak duit banyak, tapi sebab rasa banyak tak puas hati dengan kepimpinan sekarang.

Sekarang ni banyak orang bodoh dan gila kuasa yang berebut-rebut nak jadi pemimpin. Kan best kalau orang-orang pandai pulak yang berebut-rebut. Nak pangkah parti mana pun pangkahlah. Tapi tolonglah pangkah orang yang pandai. Sebab orang tu lah yang akan mewakili rakyat semasa perbahasan di parlimen.

Eh panjang pulak ulasan. Okay jom tengok kenapa saya tak sesuai jadi ahli politik..

 

1. Saya ni tak suka gaduh-gaduh

Kalau saya tak suka, saya diam. Kalau orang fitnah, saya diam. Kalau orang nak gaduh, saya diam. Kalau orang buruk-burukkan saya, saya diam.

Sebab saya percaya kebenaran akan terserlah sendiri. Memang ambil masa. Tapi akan terserlah.

Dan saya pun tak suka terlalu ikutkan perasaan marah. Kalau saya sakit hati dengan seseorang, memang saya akan terus elakkan diri dari orang tu.

Kalau ahli politik diam bila kena fitnah, pastilah orang akan anggap ahli politik tu betul-betul salah kan. Padahal mungkin juga dia sebenarnya jenis yang tak suka kecoh-kecoh macam saya.

 

2. Saya ni mudah stress.

Walaupun kalau bergaduh dengan seseorang saya diam je, tapi sebenarnya saya ni mudah stress. Cepat kecik hati. Dan akan ingat kata-kata negatif orang pada saya.

Dulu-dulu masalah ni sangat teruk.

Tapi lepas tu saya selalu baca buku motivasi dan Alhamdulillah sekarang dah lebih tenang berbanding orang kebanyakan.

Tapi bila tengok ujian terhadap pemimpin politik, serius ngeri. Kalau saya berada di tempat dia, tak tahulah.

 

Selain tu ada juga sebab dari segi masa. Dari segi kebebasan. Dari segi keselamatan. Dan pelbagai lagi.

Pendek kata, bukan senang nak jadi ahli politik.

So, hargailah ahli politik yang mewakili kawasan anda. Pergilah mengundi. Pilih calon yang bijak. Biarlah dari parti mana pun, pilih yang soleh/solehah dan bijak. Sebab setiap undi anda akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Kalau tak mengundi pun akan dipersoalkan jugak tau. Jadi, kena mengundi tau!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *