Kenapa Masih Tak Bersyukur?

Hari ni saya telah menghubungi seorang rakan  dan juga klien saya yang baru 3 minggu bersalin.

Sekarang baby dia berada di Hospital Sultan Ismail kerana ada masalah jantung. Jadi, rakan saya yang sedang berpantang ni terpaksa berulang-alik ke hospital.

Rasa kesian sangat dengan rakan saya ni. Dia sebaya dengan saya dan ini anak dia yang pertama. Besar sangat ujian dia jika nak dibandingkan dengan kesusahan hidup saya dulu.

Walaupun dulu tahap kewangan kami memang kronik, tapi Alhamdulillah saya selamat melahirkan 3 orang anak secara normal dan mereka membesar tanpa sebarang masalah kesihatan.

Dulu masa dalam pantang saya tak sabar sangat nak sihat, tak sabar nak luka jahitan sembuh, tak sabar nak tunggu baby besar, tak sabar dalam semua benda.

Padahal orang lain menerima ujian yang jauh lebih besar. Rasa malu sangat dengan diri sendiri.

Kalau kita rasa kita susah, pasti ada orang yang jauh lebih susah..

Masa cakap dengan rakan saya tadi, saya pulak yang terharu sangat sampai dia kena tenangkan saya.

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat. InsyaAllah segala nikmat yang diberikan akan digunakan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *